10 Item Ini Rupanya Tidak Boleh Disimpan Dalam Peti Sejuk

Cuba periksa peti sejuk anda. Apa yang tersimpan di dalamnya. Tentu pelbagai jenis makanan ada, malah jangan terkejut jika ada yang masih menyimpan makanan yang telah tamat tempoh. Masakan tidak, kalau boleh semua jenis makanan dan bahan mentah hendak ‘disumbat’ di dalamnya.

Tahukah anda, tidak semua makanan boleh disimpan di dalam peti sejuk. Ini kerana ia boleh menghasilkan kelembapan yang akhirnya akan merosakkan makanan tersebut. Akibatnya sia-sia sahaja anda simpan dan membazir pula.

Sepuluh item ini sebenarnya tidak boleh disimpan di dalam peti sejuk. Jom kita semak adakah kita sendiri sering mengamalkannya sejak dulu lagi.

1. Bawang

Kredit foto: buzz2day.net

Kelembapan dalam peti sejuk akan menyebabkan bawang bertukar menjadi lembik dan berkulat. Sebaiknya simpan di tempat sejuk dan kering, tetapi elakkan menyimpan bawang bersama kentang. Jika kedua-duanya disimpan bersama, maka ia akan rosak dengan lebih cepat.

2. Kopi

Menyimpan kopi di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia kehilangan rasa, dan menyebabkan zat makanan di sekitar kopi akan terserap. Kopi perlu disimpan dalam jumlah yang lebih kecil di tempat yang sejuk dan gelap.

3. Bawang putih

Kredit foto: www.bhf.org.uk

Bawang putih akan mula bercambah jika disimpan di dalam peti sejuk. Ia juga boleh menyebabkan bawang putih bergetah dan berkulat. Jadi sama seperti bawang besar dan merah, ia juga perlu disimpan di tempat sejuk dan kering.

4. Minyak zaitun

Menyimpan minyak zaitun di dalam peti sejuk akan menyebabkan ia terpeluwap dan bertukar menjadi keras seperti mentega. Maka simpan saja di dapur anda yang terbuka dan kering. Namun jauhkan daripada tempat yang terdedah dengan sinar matahari.

5. Kentang

Kredit foto: www.lovepotatoes.co.uk

Kentang yang disimpan di dalam peti sejuk akan menjadikan ia manis dan bertunas kerana persekitarannya yang sejuk akan menjadikannya bertukar menjadi kanji dan gula. Seterusnya ia akan terserap dengan lebih cepat dalam kentang. Sebaliknya, ia perlu disimpan di dalam beg kertas atau di tempat yang kering.

6. Tomato

Kredit foto: www.organicfacts.net

Tomato akan kehilangan semua rasa jika disimpan di dalam peti sejuk kerana udara sejuk akan memberhentikan proses tomato untuk masak. Penyejukan juga akan menyebabkan tekstur tomato berubah.

7. Roti

Peti sejuk akan mengeringkan roti anda dengan cepat, melainkan anda membuat roti sandwich dan bercadang untuk memakannya dalam tempoh beberapa hari akan datang.

8. Basil

Daun basil akan menjadi cepat layu di dalam peti sejuk dan akan menyerap bau semua makanan di sekelilingnya.

9. Madu

Tidak perlu menyimpannya di dalam peti sejuk, cukup jika anda menyimpan madu di dalam bekas tertutup rapat dalam suhu bilik. Madu itu pasti akan kekal baik selama-lamanya.

10. Avokado

Kredit foto: snaped.fns.usda.gov

Pernahkah anda melihat avokado ketika ia sudah masak? Pasti anda tidak akan meletakkannya di dalam peti sejuk. Bahkan anda pasti tidak akan menggunakannya apabila ia sudah masak.

Apa lagi, jom kita kemas peti sejuk!

Kredit main pic: eatright.org

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!