10 Sambal Padu Bak Anggg…!!! Tak Cuba Tak Tau….

Aduhhh… Kecur dibuatnya..! Dalam tak sedar bertambah makan, kalau ada sambal ini. Semuanya sedap-sedap. Bukan susah mana pun, pasal itu kami suruh hang pa semua pakat cuba. 

SAMBAL URAP SELOM

BAHAN

  • 2 ikat daun selom – racik halus
  • 2 tangkai cili merah – tumbuk
  • 4 ulas bawang merah – mayang halus
  • 2 sudu besar minyak
  • 10 tangkai cili padi – tumbuk
  • ½  biji kelapa parut – sangai
  • 3 cm  kunyit hidup – tumbuk
  • Sedikit belacan 
  • Sedikit ikan bilis – tumbuk
  • Garam 

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumis cili merah, bawang merah, cili padi, kunyit, ikan bilis dan belacan.
  2. Masukkan kelapa sangai, diikuti daun selom.
  3. Tumis seketika sehingga daun selom sedikit layu. Sebatikan rasa garam dan gaul rata.

SAMBAL KELAPA

 

BAHAN

  • ½ biji kelapa parut – putih
  • 3 sudu besar udang kering
  • 3 tangkai cili hijau
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 ½  sudu besar asam jawa – bancuh pekat dengan sedikit air
  • Sedikit ikan bilis
  • Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan udang kering, cili hijau, cili padi dan ikan bilis.
  2. Masukkan asam jawa, garam dan kelapa. Gaulkan sebati.

 

SAMBAL TEMPOYAK MENTAH

 

BAHAN

  • 10 tangkai cili padi
  • 5 tangkai cili merah
  • 1 mangkuk kecil tempoyak
  • 1 sudu besar gula
  • 4 ulas bawang merah
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi dan cili merah. Kemudian masukkan bawang merah.
  2. Setelah lumat, masukkan gula, garam dan tempoyak. Gaul hingga sebati.

SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS

 

BAHAN

  • 1 mangkuk ikan bilis
  • 5 tangkai cili padi
  • 3 tangkai cili merah
  • ½ labu bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 3 cm  kunyit hidup
  • ½ labu bawang besar – potong 8
  • 1 helai daun kunyit
  • 1 senduk tempoyak
  • Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi, cili merah, kunyit hidup,  bawang putih dan bawang merah sehingga lumat.
  2. Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga kering.
  3. Selepas itu, barulah masukkan bawang besar, ikan bilis, daun kunyit, tempoyak, gula  dan garam secukup rasa.
  4. Masak hingga kering dan angkat.

 

SAMBAL NANAS

BAHAN

  • 300 gm nanas – racik halus
  • ½  cawan cili padi
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar belacan
  • ½  labu  bawang besar
  • ½ cawan asam jawa
  • Sedikit air masak

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi, belacan dan bawang besar. Kemudian masukkan belacan, tumbuk hingga hancur.
  2. Akhir sekali masukkan gula dan garam diikuti air asam jawa. Setelah sebati,  masukkan nanas yang telah diracik halus. Gaul rata.

SAMBAL KICAP

BAHAN

  • 20 tangkai cili padi
  • 4 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah – mayang halus
  • 1 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil gula merah
  • 1 cawan kicap manis
  • 2 sudu besar jus limau kasturi

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi dan bawang putih.
  2. Kemudian masukkan kicap manis, gula pasir, gula merah dan bawang merah.
  3. Setelah sebati, barulah masukkan jus limau kasturi.

SAMBAL BELIMBING

BAHAN

  • 8 biji belimbing buluh – belah dua
  • 1 labu bawang besar
  • 1 sudu besar belacan
  • 15 tangkai cili padi
  • 3 sudu air asam jawa
  • Gula dan garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi dan bawang besar, sehingga lumat. Setelah hancur, masukkan belacan, tumbuk lagi hingga lumat.
  2. Masukkan air asam jawa, belimbing, garam dan gula ikut rasa. Sebatikan rasa.

SAMBAL BERLADA

BAHAN

  • 20 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • ½  biji tomato
  • ½ cawan asam jawa
  • Minyak untuk menumis
  • Gula dan garam

CARA

  1. Tumbuk cili padi dan cili merah sehingga hancur. Masukkan tomato dan tumbuk lumat. 
  2. Kemudian tumis sehingga garing, barulah masukkan air asam jawa bersama garam dan gula. Sebatikan rasa.

SAMBAL MANGGA

BAHAN

  • 1 biji mangga muda – racik
  • ½  cawan cili padi
  • 2 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar belacan
  • 1 biji tomato – cincang halus
  • ½  labu bawang besar
  • ½ cawan asam jawa
  • Sedikit air masak

CARA PENYEDIAAN

  1. Tumbuk cili padi hingga hancur, masukkan bawang besar dan belacan.
  2. Setelah lumat, masukkan tomato, belacan, gula dan garam. Tumbuk hancur.
  3. Akhir sekali, letakkan air asam jawa dan mangga muda yang telah diracik. Gaul sebati.

SAMBAL KUININ

 

BAHAN

  • 1 biji buah kuinin masak – cincang halus
  • 10 tangkai cili padi
  • 1 sudu besar belacan
  • ½ labu bawang besar
  • 50 ml air asam jawa
  • Gula dan garam

CARA

  1. Tumbuk cili padi, bawang besar. Kemudian masukkan belacan dan kuinin.
  2. Setelah lumat, bancuh air asam jawa dan masukkan dalam sambal kuinin bersama gula dan garam. Sebatikan rasa.

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!