10 Sayur Punyai Khasiat Luar Biasa. Wajib Makan Untuk Sihat.

Tahukah anda, setiap kali kita makan sayur terdapat zat nutrisi yang baik untuk badan kita. Jika diamati, banyak khasiat di sebalik rahsia sayur yang mungkin kita tidak ketahui. Jom kita ‘check’ sayur mana yang kita suka makan dan apa kelebihannya.

  1. KACANG BUNCIS – MENCEGAH KANSER PERUT
  • Kandungan serat yang tinggi bagus untuk melancarkan pencernaan.
  • Kaya dengan protein dan vitamin
  • Boleh mengawal metabolisme gula dalam darah dan boleh menurunkan berat badan.

2. BAWANG MERAH – UBAT BUASIR

  • Kunyah sebiji bawang merah mentah, boleh membasmi bakteria serta mengubat buasir.
  • Amalan makan bawang mentah baik untuk penawar radang paru-paru, kahak, demam dan pasti anda akan jarang dihinggapi penyakit.

3. CILI MERAH – BERSIHKAN SALURAN DARAH

  • Kaya dengan vitamin C, vitamin A dan zat galian seperti besi, kalsium, fosforus, sodium dan potassium.
  • Sedut bau kisaran cili yang pedas, mampu menghilangkan rasa sakit kepala dan jika diambil dalam makanan seharian, ia mampu membersihkan saluran darah.

4. BENDI – MENSTABILKAN GULA DALAM DARAH

  • Amalkan minum air rebusan bendi, ia mampu menstabilkan gula dalam darah.
  • Lendir bendi boleh menyejukkan badan dan melembutkan kulit.
  • Air lendir bendi juga boleh mengubati sakit sendi terutamanya lutut.
  • Air rebusan bendi melawaskan pembuangan air kecil, melicinkan bahagian dalam usus serta mencuci hati.

5. TIMUN – TURUNKAN BERAT BADAN

  • Amalkan minum jus timun, satu gelas satu hari boleh membantu menurunkan berat badan. Selain jus timun juga sesuai untuk mengubati gastrik.
  • Kaya dengan potassium, magnesium dan silikon yang baik untuk kulit.
  • Amalkan makan timun, ia mampu mengurangkan risiko penyakit kanser ovari, kanser payu dara dan kanser prostat.

6. DAUN KESUM – MERAWAT KEPUTIHAN

  • Air rebusan daun kesum boleh merawat keputihan dan cirit birit atau radang perut.
  • Dijadikan ulaman untuk menghidari perut kembung dan ketidak hadaman.

7. DAUN SUP – MEMBERSIHKAN BUAH PINGGANG

  • Amalan minum air rebusan daun sup, dapat membuang toksik, racun serta garam berlebihan dalam badan yang akan dibuang melalui air kencing.
  • Mampu mencergaskan otak terutamanya kanak-kanak.

8. PUDINA – MERAWAT CIRIT-BIRIT

  • Jika terkena cirit birit, makan daun pudina yang segar boleh mengurangkan rasa sakit perut secara mudah dan semula jadi. Asid perut akan menjadi neutral.
  • Membersihkan salur pernafasan serta kahak.
  • Bersifat sebagai anti septik, anti virus dan anti parasit.

9. SERAI – UBAT GOUT DAN SENDI

  • Air rebusan serai dapat meredakan gout, sakit sendi dan arthritis.
  • Amal minum air rebusan serai untuk merawat angin dalam perut.
  • Serai juga mempunyai ekstrak yang mampu menyingkirkan kolesterol berlebihan.

10. TERUNG – MELANCARKAN PEREDARAN DARAH

  • Terung mempunyai rendah kalori dan lemak tetapi kaya dengan serat mudah larut.
  • Antioksidan dalam terung mampu mencegah tumur otak, penyakit jantung dan serangan jantung.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!