17 Tips Untuk Dapat Harga Tiket Flight Lebih Murah.

Bila merancang percutian, perkara paling utama yang perlu dipertimbangkan adalah harga tiket flight. Kosnya sahaja sudah memakan hampir satu pertiga daripada jumlah kos keseluruhan. Pening kepala dibuatnya kerana sudah tentu akan melibatkan perbelanjaan yang sangat tinggi.

Bagi mereka yang sering melancong, tentu sudah tahu bagaimana  hendak mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang rendah, tetapi bagaimana pula dengan mereka yang baru berjinak-jinak hendak pergi melancong?

Disebabkan terlalu ingin mengejar harga tiket murah, ramai yang terpedaya dan tertipu dengan harga tiket yang tidak masuk akal ditawarkan oleh para scammer. Jadi, untuk mengelakkan anda menjadi mangsa pihak tidak bertanggungjawab, admin kongsikan cara-cara untuk mendapatkan tiket flight dengan harga yang lebih murah dan mampu beli.

1.TETAPKAN DESTINASI PERCUTIAN LEBIH AWAL

Kredit: Cutifamili.blogspot.com

Rancanglah destinasi percutian anda lebih awal. Sebaik-baiknya rancang seawal 6 hingga 12 bulan. Bagi tiket flight untuk destinasi ke negara-negara Asia perlu dibeli awal setahun. Waktu paling sesuai adalah dengan membelinya ketika promosi Air Asia Free Seats. Manakala bagi destinasi ke negara-negara eropah pula seelok-eloknya dibeli 6-8 bulan sebelum tarikh penerbangan.

2. JANGAN TEMPAH TIKET ‘LAST MINUTE’, TETAPI JANGAN TERLALU AWAL 
Bagi mereka yang merancang ‘last minute’ untuk pergi melancong pula, masih ada peluang untuk dapatkan tiket flight dengan harga rendah. Caranya, adalah jangan beli terlalu awal kerana kebiasaannya syarikat penerbangan antarabangsa akan membuat promosi pada waktu yang tidak dijangka.

Kredit: Media Permata

Jadi, sekiranya anda ingin menempah tiket penerbangan, paling elok adalah 21 hari lebih awal dari tarikh penerbangan. Ini kerana kebanyakan syarikat penerbangan sudah pun menetapkan di dalam sistem untuk mencapai target jualan tiket mereka.

Sistem juga telah menetapkan kuota yang tertentu untuk tiket penerbangan yang dijual pada harga rendah. Contohnya, dalam sistem ditetapkan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Paris hanya 20 penumpang terawal akan dapat menempah tiket pada harga terendah. Manakala 200 penumpang seterusnya bakal mendapat harga medium, selebihnya mungkin lebih mahal.

3.GUNAKAN SEARCH ENGINE SEBAGAI EJEN CARIAN
Terdapat banyak search engine yang boleh anda gunakan untuk mencari harga tiket flight murah. Antaranya adalah Skyscanner, Cheapflight, Googleflight, Momondo, Kayak dan sebagainya. Dengan menggunakan search engine ini, anda dapat melihat perbandingan harga setiap syarikat penerbangan dalam masa tidak sampai 5 saat!

Jika harga yang dipaparkan masih lagi mahal, anda boleh set ‘Get Price Alerts’. Klik pada butang ‘Get Price Alerts’ dan masukkan email anda, Sksyscanner akan menghantar email susulan sekiranya terdapat pengurangan harga tiket penerbangan. Mudah bukan?

Sentiasa lakukan perbandingan harga tiket dari satu laman web ke satu laman web. Jangan malas, rugi nanti!

4.BANDINGKAN HARGA NORMAL DAN HARGA PROMOSI TIKET 
Apabila sudah ditetapkan destinasi percutian, anda sudah boleh mula mengkaji dan membuat perbandingan antara harga normal dan harga promosi untuk ke destinasi tersebut. Contohnya, harga normal untuk tiket ke Istanbul dari Kuala Lumpur adalah RM2,400 untuk Qatar Airways, manakala harga promosi adalah di antara RM1,800 hingga RM2,100. Jadi, sekiranya anda terjumpa harga seperti harga promosi yang ditawarkan, jangan berlengah, terus masukkan detail dan beli!

5.PADAM SEMUA COOKIES  PADA BROWSER DI KOMPUTER ANDA SELEPAS SURVEY TIKET PENERBANGAN. KENAPA?
Penting untuk memadamkan semua cookies jika anda melawat mana-mana laman web penerbangan 30 hari sebelum.

Ini bagi mengelakkan syarikat penerbangan mengesan yang anda sudah pun melayari laman web mereka beberapa kali untuk melihat perbandingan harga tiket. Oleh itu sistem tempahan akan tetapkan harga yang sama sahaja walaupun anda sudah ke laman web itu berulang kali! Kadang-kadang harga naik lagi ada! Jadi sentiasalah amalkan tabiat padam cookies pada internet browser. Jika tak tahu nak delete sila tanya Mr. Google!

6.TEMPAH TIKET FLIGHT PADA SELASA DAN RABU
Pasti anda tertanya-tanya kenapa perlu memilih dua hari ini untuk menempah tiket penerbangan yang lebih murah? Kerana dua hari ini adalah hari yang terbaik untuk membeli tiket. Ini disebabkan kebanyakan syarikat penerbangan akan menetapkan sistem tempahan pada hari Selasa jam 7 pm.

Selain itu, syarikat penerbangan tahu kebanyakan penumpang akan hanya ada masa untuk menempah tiket pada hari minggu. Berdasarkan statistik, ramai yang mula survey harga tiket pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

7.UNTUK PENERBANGAN ANTARABANGSA, BOLEH CARI ‘BEST DEAL’
Biasanya syarikat penerbangan akan menawarkan ‘Best Deal’ antara 11 hingga 12 minggu lebih awal bagi penerbangan antarabangsa. Masa inilah anda perlu rajin untuk semak harga tiket. Untung-untung boleh dapat harga lebih murah dan berbaloi.

8.BELI DARIPADA TRUSTED AGENCY
Kadang-kadang agensi seperti Expedia, GoToGate, Tripair dan PYOTravel ada menawarkan harga yang agak rendah. Ini kerana mereka mempunyai ‘Agent Discount’.

Pun begitu, perlu diingatkan, jangan sembarangan membeli daripada agensi yang tidak dikenali. Sebaiknya, pilihlah agensi yang mempunyai review yang baik. Anda boleh baca review-review setiap agensi di TripAdvisor.

9.ELAK WAKTU PUNCAK DAN MUSIM PERAYAAN
Elakkan bertembung dengan waktu musim cuti sekolah atau pada musim perayaan. Waktu ini harga tiket penerbangan berganda-ganda mahalnya.

Contohnya, ketika krismas di Eropah, harga tiket pergi dan balik dari Kuala Lumpur boleh mencecah sehingga RM3,000 hingga RM4,000. Namun, sekiranya anda memang sudah bercadang untuk pergi ke sana pada waktu itu, dinasihatkan agar anda membeli tiket lebih awal dan seboleh-bolehnya cuba elakkan memilih bandar-bandar yang tinggi cukai lapangan terbangnya.

10.PILIH UNTUK MENDARAT DI LAPANGAN TERBANG KECIL
Boleh juga cuba teknik ini, iaitu turun di lapangan terbang yang bukan ‘lapangan terbang utama’ bagi sesebuah destinasi. Contohnya, jika ingin ke London, biasanya ramai yang akan pilih mendarat di Heathrow. Untuk jimat, anda boleh mendarat di lapangan terbang ‘kecil’ yang hampir dengan Heathrow seperti lapangan terbang di Manchester. Kemudian, dari Manchester ambil train pergi ke London.

11.BELI TIKET PADA AWAL PAGI
Pada masa-masa tertentu, syarikat penerbangan akan membuka promosi online mereka. Promosi online ini hanya akan bermula pada 12 tengah malam. Selain itu juga, trafik laman web syarikat penerbangan tidak berapa sibuk pada awal pagi (sekitar jam 3-5 pagi). Jadi, ada kebarangkalian anda berpeluang untuk mendapatkan harga tiket murah. Oleh itu, gunakan peluang itu sebaik-baiknya.

12.LIKE DAN FOLLOW LAMAN SOSAL SYARIKAT PENERBANGAN SEPERTI FACEBOOK, TWITTER DAN INSTAGRAM
Rajin-rajinkan diri untuk follow laman-laman sosial syarikat penerbangan.

Dari situ anda boleh mendapat pelbagai info terkini terutamanya berkaitan diskaun atau harga promosi yang ditawarkan oleh syarikat penerbangan secara kerap. Kadang-kadang mereka juga akan kod diskaun bagi destinasi tertentu. Untuk memastikan anda tidak ketinggalan menerima update, anda boleh klik butang follow dan set kepada see first. Anda akan menerima notifikasi untuk setiap post yang terbaru.

13.LANGGANI NEWSLETTER DARIPADA SYARIKAT PENERBANGAN
Mungkin anda malas hendak melanggani newsletter kerana tidak mahu inbox email anda penuh. Buat serabut kepala aje. Namun untungnya, jika anda langan newsletter, syarikat penerbangan akan update pelanggannnya terlebih dahulu mengenai tawaran harga promosi. Perlu anda ingat, kebiasaannya kuota tiket harga promosi ini tidak banyak. Sebab itu anda kena pastikan bahawa anda adalah antara yang terawal mengetahui tentang setiap promosi yang ditawarkan oleh setiap syarikat penerbangan.

14.SERTAI PROGRAM KESETIAAN
Setiap kesetiaan yang dicurahkan pasti ada ganjarannya. Dengan menyertai Program Kesetiaan (Loyalty Programme) anda bukan sahaja berpeluang mendapatkan harga tiket murah, malah anda juga berpeluang dapat upgrade tiket daripada economy class ke business class dengan harga yang rendah. Jika bertuah lagi, anda mungkin boleh dapat tiket percuma!

Antara program kesetiaan yang popular adalah OneWorld!

15.GUNAKAN SHOPPING WEB GATEWAY SEPERTI SHOPBACK
Fungsi laman web shopback ini adalah dengan setiap pembelian, anda akan menerima pulangan (cashback) ke dalam akaun bank anda.

Buat masa ini shopback telah bekerjasama dengan beberapa syarikat penerbangan seperti Malaysia Airlines, Qatar dan Etihad. Setiap syarikat penerbangan menawarkan nilai ganjaran yang berbeza. Jadi, anda kena pilih mana satu yang sesuai dengan tiket yang anda beli.

16.GUNA KAD DEBIT
Kebanyakan syarikat penerbangan mengenakan caj tambahan sekiranya pembayaran dibuat menggunakan kad kredit. Malah, ada yang mengenakan caj kos pemprosesan setinggi RM100. Jadi, untuk menjimatkan kos, anda gunakan kad debit semasa membuat pembayaran. Selalunya tiada sebarang caj yang dikenakan.

17.TRAVEL SECARA BERKUMPULAN
Pasti anda pernah dengar diskaun untuk berkumpulan? Perkara ini bukan main-main, malah betul-betul kejadian. Contohnya, harga untuk seorang dewasa penerbangan Kuala Lumpur-Geneva-Kuala Lumpur adalah RM2,800. Tetapi sekiranya anda pergi secara berkumpulan (4 orang), harga setiap seorang boleh jadi serendah RM2,100.

Sebenarnya, bila lagi ramai lagi murah. Banyak kos dapat dikurangkan dan dikongsi bersama.

Ok, selamat mencuba!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!