5 Langkah Mudah Buat Coklat Bertih Beras. Yang Pasti Anak-Anak Pun Suka.

Apa jua jenis kuih atau biskut berasaskan coklat mesti anak-anak suka. Silap haribulan, belum sempat dihidangkan untuk raya, sudah licin dimakan. Apa kata kita buat aje, lebih jimat dan mudah disediakan. Anak-anak pun boleh bantu buat Coklat Bertih Beras nie.

Coklat Bertih Beras

Bahan
800 gm coklat masakan
200 gm bertih beras coklat
150 gm bertih beras putih
100 gm emping jagung
150 gm badam cincang
50 gm coklat urai

Cara Penyediaan

1.Cairkan coklat masakan menggunakan teknik double boiler.
2.Masukkan bertih beras coklat dan putih, emping jagung serta badam cincang ke dalam coklat yang telah dicairkan.
3. Gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
4. Sediakan mangkuk kertas di atas dulang pembakar. Sudukan bertih coklat ke dalam mangkuk kertas.
5. Akhir sekali, taburkan coklat urai. Biarkan sehingga coklat beku, dan bolehlah disimpan ke dalam bekas kedap udara.

 

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!