5 Menu Mi Sesuai Untuk Tetamu Datang Mengejut Di Hari Raya

MEE REBUS LELEH

BAHAN
1 paket mi kuning – celur
1 kg ubi keledek kuning – rebus empuk dan kisar
1 kg  udang
3 sudu besar serbuk cili
4 kiub ikan bilis
1.5 ml air
Gula dan garam
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR
5 biji bawang besar 
5 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN
10 biji limau kasturi
4 keping tauhu – goreng
5 biji telur – rebus
2 tangkai daun bawang – cincang
4 tangkai daun sup – hiris
4 tangkai daun bawang hiris
Sedikit tauge – celur
Sedikit bawang goreng

CARA

  1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  2. Masukkan keledek kisar ke dalam tumisan diikuti dengan air. Biarkan kuah masak sebati dan mendidih.
  3. Masukkan udang, kiub ikan bilis, gula dan garam. Sebatikan rasa manis kuah.
  4. Setelah kuah masak, hidangkan mi kuning dengan bahan hiasan. 


MEE JAWA

BAHAN
1 paket mi kuning- celur

BAHAN KUAH
1 kg  keledek kuning
5 ulas bawang merah – kisar
2 sudu besar serbuk kari
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
150 gm udang kering
3 sudu besar tepung jagung – untuk memekatkan kuah
1 cawan stok daging
Minyak masak untuk menumis
Garam

BAHAN KISAR
4 biji bawang besar – kisar
7 ulas bawang putih

BAHAN HIASAN
4 biji telur rebus
3 tangkai daun ketumbar
2 tangkai cili merah – hiris
Sedikit tauge
Sedikit daging hiris
Sedikit bawang goreng

CARA

  1. Bersih dan kupas kulit keledek, lalu direbus bersama stok daging. Angkat keledek dan dikisar halus. Air rebus stok jangan dibuang.
  2. Panaskan minyak, tumiskan kulit kayu manis, udang kering, bunga lawang dan bawang merah yang telah dikisar kasar. Tumis hingga naik bau. Selepas itu masukkan serbuk kari dan kacau hingga sebati selama 2 minit.
  3. Tuangkan bahan tumisan di dalam air rebusan dan masukkan sekali keledek kisar.
  4. Masukkan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perasakan dengan garam secukup rasa. Kacau sehingga kuah mendidih.
  5. Letakkan sedikit mi di dalam pinggan, tuangkan kuah dan hiaskan dengan bahan hiasan.

MI GORENG UDANG

BAHAN
1 paket mi kuning
15 ekor udang – bersihkan
1 cawan isi kerang
4 tangkai sawi 
8 tangkai daun kucai – potong pendek
1 tangkai cili merah – hiris
3 ulas bawang putih – cincang
2 labu bawang besar – cincang
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap pekat
3 sudu besar minyak
Garam dan gula

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih serta bawang besar hingga layu.
  2. Masukkan udang dan isi kerang, serta batang sawi. Masak sehingga udang berubah warna.
  3. Kemudian masukkan mi kuning, daun sawi, sos tomato, sos cili, sos tiram, kicap manis dan kicap pekat.
  4. Jika mi goreng terlalu kering, tambahkan sedikit air.
  5. Setelah mi goreng masak, taburkan daun kucai dan hirisan cili merah.
  6. Masukkan garam secukup rasa, gaul rata dan padamkan api. Bolehlah dihidangkan.

MI KUAH PUTIH 

BAHAN
1 paket mi kuning – celur
1 kg  isi ikan – hiris halus
400 gm isi ketam – reneh dengan 2 liter air
10 ulas bawang merah – kisar
3 ulas bawang putih – kisar
3 batang serai – titik
2 batang daun kantan – hiris
3 keping asam gelugur
2 liter  air
1 liter santan

SAMBAL PEDAS

BAHAN
3 sudu besar pes cili kering 
2 sudu besar pes cili merah 
6 ulas bawang merah
100 gm udang kering
80 gm ikan bilis – tumbuk
30 gm belacan – bakar dan tumbuk
Sedikit asam jawa
Gula dan garam

CARA

  1. UNTUK KUAH : Rebus ketam dan tuskan air rebusan. Tuangkan air rebusan ketam di dalam periuk.
  2. Di dalam periuk, masukkan isikan ketam, isi ikan, bawang kisar, serai dan santan. Kacau sebati di atas api perlahan.
  3. Masukkan bunga kantan dan asam gelugur. Setelah mendidih, masukkan gula dan garam secukup rasa.
  4. SAMBAL PEDAS :  Tumis bawang merah sehingga naik bau. Apabila   separuh garing, masukkan udang kering dan ikan bilis. Tumis lagi seketika. 
  5. Masukkan pes cili kisar dan pes cili merah, tumis  sehingga pecah minyak.
  6. Perasakan dengan asam jawa, gula dan garam. Tumis sehingga kering. 
  7. Setelah kuah masak, hidangkan bersama mi kuning dan sambal pedas.

MI KARI IPOH

BAHAN
6 ulas bawang merah – kisar
4 ulas bawang putih – kisar
3 cm halia – kisar
5 sudu besar rempah kari daging
3 tangkai daun kari 
2 sudu besar ikan bilis – rendam dan kisar
1 ½ cawan santan
2 sudu besar minyak masak
10 biji bebola ikan
6 keping kek ikan
8 ketul tauhu kering
1 liter air
Garam 

BAHAN HIASAN
1 paket mi kuning – celur
250 gm tauge – celur
3 tangkai daun sup
3 tangkai daun bawang
Sedikit bawang goreng

CARA 

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dikisar bersama daun kari.
  2. Campurkan rempah kari dengan sedikit air untuk menjadi pes. Kacau rata.
  3. Masukkan ikan bilis dan biarkan seketika.
  4. Tuangkan santan dan juga air secukupnya. Biarkan sehingga mendidih dan kecilkan api.
  5. Tambahkan garam dan masukkan bebola ikan, kek ikan dan tauhu kering. Sedia untuk dihidangkan bersama mi kuning.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!