5 Resipi Smoothie & Overnight Oats Untuk Kekal Bertenaga Di Bulan Ramadan  

Perkara menarik tentang smoothies dan overnight oats sebagai hidangan sahur ialah proses membuatnya yang ringkas serta bahan-bahannya mudah didapati. Selain itu kandungan bahan-bahannya bukan sahaja kaya dengan tenaga malah kaya dengan fiber, vitamin dan mineral. Jadi, sudah pasti ia menjadi hidangan sahur yang sihat dan mengenyangkan serta membuatkan anda kekal bertenaga sepanjang hari.

Di sini admin kongsikan 5 resipi cara membuatnya;

1.Mango Matcha Smoothie

Kredit: Food Network

Matcha green tea sangat bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme dan membakar kalori. Selain kaya dengan fiber, chlorophyll, vitamin C, Chromium, zink dan magnesium, ia juga membantu mengurangkan kolesterol dan kadar gula. Sangat berbaloi anda mencubanya.

Tempoh Penyediaan : 5 minit
Tempoh memasak: 5 minit
Hidangan: 2 orang

Bahan:
400 gm mangga manis segar – dipotong
2 sudu besar serbuk matcha, dicampur dengan 2 sudu besar air panas
3/4 cawan susu
1 biji pisang masak – potong
2 sudu besar madu

Cara Penyediaan
1.Campurkan kesemua bahan ke dalam blender dan kisar hingga sebati.
2.Tuangkan ke dalam gelas dan taburkan serbuk matcha di atasnya.Sedia untuk dihidangkan.

2.Chocolate and vanila Cookie Smoothie  

Kredit: Chef El-Amin

Jadikan sajian smoothie anda sebagai hidangan pencuci mulut yang menyeronokkan! Caranya ialah menggunakan cip cokelat, biskut dan butter cookies.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh memasak: 5 minit
Hidangan: 2 orang

Bahan:

2 biji pisang masak – potong
1/2 cawan susu
1/2 cawan susu cokelat
2 keping biskut/cookie/shortbread vanila
2 keping biskut/cookie/shortbread cokelat
Titisan kecil esen vanila

Cara Penyediaan:
1.Cokelat dan vanila hendaklah dibuat secara berasingan. Mula-mula campurkan 1 biji buah pisang, susu, cookies vanila dan esen vanila ke dalam blender dan kisar . Kemudian tuangkan ke dalam dua gelas.
2.Bersihkan blender dan masukkan pula 1 biji  pisang, susu, susu cokelat dan cookie cokelat.
3.Tuangkan ke atas salah satu smoothie vanila yang telah sedia dalam gelas tadi. Taburkan kepingan kecil biskut atau cookie. Sedia untuk dihidangkan.

3.Indonesian Alpokat Smoothie

Kredit: A Website for Favourable Drinks

Alpokat atau avokado sebagai diet harian boleh membantu mengawal kadar tekanan darah sekali gus mengelak masalah jantung, strok dan buah pinggang, ini kerana, avokado memiliki kadar potasium yang sangat tinggi. Avokado juga memiliki kadar antioksida yang sangat tinggi. Ia merangkumi nutrisi seperti lutein dan zeaxantin yang sangat penting kepada kesihatan mata. Selain itu, avokado juga kaya dengan asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) – memberikan kebaikan kepada badan. Lemak itu juga terdapat di dalam minyak zaitun. Asid oleik dibuktikan boleh mengurangkan kadar keradangan dan mempunyai kesan yang positif kepada gen pembawa kanser.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh memasak: 5 minit
Hidangan: 2 0rang

Bahan:
2 biji pisang (dipotong)
100 gm avokado
3/4 cawan susu
1 sudu besar susu pekat
2 sudu besar sos cokelat – pilihan

Cara Penyediaan:
1.Campurkan kesemua bahan di atas kecuali sos cokelat. Kisar dalam blender hingga sebati.
2.Tuangkan ke dalam dua gelas kosong kemudian campurkan sedikit sos cokelat. Sedia untuk dihidangkan.

4.Chocolate Overnight Oats

Kredit: Wide Open Eats

Oats adalah karbohidrat kompleks yang berubah perlahan-lahan kepada tenaga. Dengan mencampurkan koko atau cokelat, ia akan menghasilkan berbagai-bagai tenaga dan mencegah kelesuan. Pastikan anda mencuba resipi penambah tenaga ini untuk sahur anda.

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh memasak: 3 – 8 jam

Bahan:
1 biji pisang masak – dipotong
10 biji strawberi – dipotong
3/4 cawan susu cokelat
1/2 cawan rolled oats
Secubit garam

Cara Penyediaan:
1.Campurkan kesemua bahan kecuali buah-buahan.
2. Masukkan ke dalam botol yang kedap udara dan simpan ke dalam peti sejuk semalaman.
3.Kemudian taburkan potongan buah-buahan dan kacang di atas overnight oats.Sedia untuk dihidangkan.

5.French Vanilla & Cinnamon Overnight Oats

Kredit: Creme de la Crumb

Vanila adalah sejenis penambah perisa yang mengandungi banyak bahan mineral. Ia membantu mengawal degupan jantung, tekanan darah, sistem saraf berfungsi dan mengawal kadar metabolisme dalam badan. Kulit kayu manis pula mengandungi pelbagai manfaat. Ia mempunyai polyphenols, phenolic acid dan flavonoids yang merupakan jenis-jenis antioksida. Sama seperti antioksida yang dijumpai di dalam buahan beri, bawang putih dan coklat gelap. Seperti yang kita tahu, antioksida dapat melawan radikal bebas yang boleh mendatangkan banyak penyakit kritikal (kanser, penyakit jantung, masalah berkaitan otak).

Tempoh penyediaan: 5 minit
Tempoh memasak: 3 – 8 jam
Hidangan: seorang

Bahan:
100 gm kacang pecan – dibakar dan dipotong
10 biji buah beri- dipotong
3/4 cawan susu
1/2 cawan rolled oats
Secubit serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil estrak vanila
1 sudu besar madu/sirap maple

Cara Penyediaan :
1.Campurkan kesemua bahan di atas kecuali buah dan kacang.
2.Tuangkan ke dalam botol kedap udara dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
3.Letakkan buah beri dan kacang pecan di atas overnight oats. Sedia untuk dihidangkan.

Cubalah resipi yang ringkas dan mudah ini untuk mengekalkan kesihatan sepanjang menjalani ibadah puasa. Selamat mencuba!

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!