5 Selebriti Dunia Ekspresi Diri Dengan Crocs

Jenama kasut terkemuka dunia, Crocs menerusi kempen pemasaran “Come As You Are” akan menemui peminat jenama ini dengan menampilkan lima selebriti dunia iaitu Zooey Deschanel, Natalie Dormer, Gina Jin,  Kim Se-Jeong dan Suzu Hirose.

Kelima-lima selebriti ini akan menggalakkan pengguna untuk mengekspresikan diri sendiri, berasa selesa dan kelihatan bergaya dengan memakai kasut Crocs. Crocs membuat pengisytiharan berani bahawa anda boleh memiliki gaya dan keselesaan tanpa mengira siapapun anda atau ke mana haluan hidup anda.

Pelakon wanita memenangi anugerah, penyanyi-penggubah lagu dan pengarah Zooey Deschanel memakai Classic Clog.
Pelakon wanita Korea Selatan dan ahli kumpulan penyanyi wanita gugudan Kim Se-Jeong memakai Crocs Serena Sandal.

“Memandangkan keselesaan datang dalam banyak bentuk dan saiz, duta-duta jenama global kami akan memakai dan bercakap tentang beberapa gaya kami yang paling popular dalam suasana yang relevan mengikut minat dan personaliti mereka,” kata Ketua Pegawai Pemasaran Crocs, Terence Reilly.

Produk dan koleksi paling popular Crocs akan dipamerkan sepanjang kempen termasuk LiteRide™, Crocband Platform, Crocs Serena, Swiftwater™ dan semestinya Classic Clog yang ikonik.

Pelakon wanita British Natalie Dormer memakai Crocband Platform Clog.
Pelakon wanita, penari dan peragawati Cina Gina Jin memakai LiteRide Sandal.

Crocs, ialah peneraju dunia bagi kasut kasual inovatif untuk wanita, lelaki dan kanak-kanak, menggabungkan antara keselesaan dan gaya dengan nilai yang diketahui dan disukai oleh pengguna. Sebahagian besar kasut dalam koleksi Crocs mengandungi bahan Croslite™ iaitu teknologi kasut dibentuk yang proprietari, menyediakan keselesaan luar biasa dengan setiap langkah.

Pelakon wanita dan peragawati Jepun Suzu Hirose memakai LiteRide Clog.

Pada tahun 2019, Crocs memperkukuh misinya agar “setiap orang berasa selesa menjadi diri mereka sendiri” menerusi tahun ketiga kempen Come As You Are.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Crocs atau Come As You Are, sila layari www.crocs.com atau ikuti @Crocs melalui Facebook, Instagram dan Twitter.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!