6 Apps ini Bantu Anda ‘Speaking Berhabuk’!

Kurang mahir berbahasa Inggeris menyebabkan anda sering berdepan kesukaran untuk berkomunikasi semasa travel ke luar negara. Jadi, untuk mengatasi masalah ini anda harus menguasai bahasa Inggeris dengan belajar atau mengikuti kursus kemahiran berbahasa Inggeris. Namun, disebabkan perbelanjaan untuk mengikuti kursus yang mencecah ribuan ringgit harganya menyebabkan hasrat anda terbantut begitu sahaja. Bagaimanapun di zaman segalanya pada hujung jari ini anda sebenarnya boleh mempelajarinya melalui online, malah secara percuma lagi. Salah satu cara untuk anda meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris adalah dengan menggunakan 6 jenis aplikasi di bawah ini:

1.Lingbe

Jika anda benar-benar ingin mengasah kemahiran bertutur dalam bahasa Inggeris, aplikasi Lingbe boleh membantu. Dengan aplikasi ini anda boleh berlatih bertutur menggunakan bahasa Inggeris dengan pengguna lain yang menggunakan apps ini. Sambil belajar anda boleh mendapat kawan baru. Tentu seronok kan?

 2.Mango Langguage

 

Sama seperti Lingbe, aplikasi Mango ini juga membolehkan anda berlatih berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan pengguna lain. Malah, anda juga boleh memilih rakan yang menjadi teman untuk berlatih bersama.

 3.Bussu

Aplikasi ini telah mendapat pengiktirafan Editor’s Choice di Google Play. Dalam aplikasi ini anda akan diberikan ujian untuk kenal pasti tahap kemampuan bahasa Inggeris anda. Selepas itu, anda akan diberi sebanyak 150 pola latihan untuk anda ikuti bagi meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris. Bukan itu sahaja, anda juga boleh mempelajari bahasa-bahasa lain dengan aplikasi ini.

4.Memrise

 

Aplikasi ini juga turut mendapat pengiktirafan Google Play Award tahun 2017. Semua info dan pelajaran di dalam aplikasi ini dihasilkan oleh komuniti Memrise yang mana cukup user friendly.

 5.Hello English

Aplikasi ini dapat membantu anda mempelajari bahasa Inggeris dari aspek grammar, vocabulary dan conversation. Ada juga pembelajaran dalam bentuk games supaya anda tidak bosan di samping memudahkan lagi untuk anda pelajari. Di samping itu, anda juga boleh mengasah skil percakapan dengan berbual dan berbincang bersama pengguna aplikasi yang lain.

 6.Talk

Bagi mereka yang bekerja dan perlu menggunakan bahasa Inggeris dalam urusan kerja seharian, aplikasi Talk ini boleh membantu. Menariknya, aplikasi ini membantu anda dengan menggunakan situasi yang biasa anda hadapi. Antaranya, bagaimana untuk memulakan perbualan, situasi dalam mesyuarat dan sebagainya. Setiap topik akan mempunyai kuiz, latihan dan juga praktis untuk membantu anda bertambah mahir menggunakan bahasa Inggeris.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!