6 penginapan Kabin ‘PALING LETOPS’ di Selangor

Pernah ada pengalaman menginap di kabin? Ia pasti memberi pengalaman yang berbeza dan unik berbanding anda bermalam di hotel mahupun homestay. Meskipun ia bukanlah penginapan ‘mewah’, namun suasana penginapan kabin atau kontena ini memberi satu momen yang tersendiri. Sekurang-kurangnya, rasailah pengalaman ini sekali seumur hidup anda.

Antara penginapan berkonsep kabin yang boleh anda cuba di Selangor adalah…

The Cabin, Kuala Selangor

The Cabin adalah antara penginapan berlatarkan imej kabin yang cukup popular di Malaysia. Lokasinya berhampiran Pantai Remis, Kuala Selangor pasti memudahkan anda untuk beriadah di pantai terutamanya pada waktu petang. Penginapan di sini sesuai untuk individu, pasangan dan datang secara berkumpulan. Sambil menikmati percutian, anda boleh membasahkan tubuh di kolam renang yang ada di tengah-tengah kawasan utama kontena.

Alamat: Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, Jeram, Kuala Selangor, Malaysia

Hubungi: 017 9247800 / 03 32647800

Sarang By The Brook, Kuala Kubu Bharu

Sesuatu yang mendamaikan jika anda memilih untuk menginap di Sarang By The Brook. Dikelilingi dengan landskap yang menghijau dan tenang, adalah destinasi tepat untuk anda lari sebentar daripada hiruk-piruk kota. Ia mengekalkan konsep dan warna alam semula jadi sebagai daya penarik utama.

Alamat: Jalan Seruling 20, Kuala Kubu Bharu, Selangor

Hubung: 019 3322448

Farm Villa Cafe & Homestay Kuala Selangor

Menampilkan 10 buah kontena dengan rekaan moden. Dikelilingi dengan persekitaran sawah padi, memberi kesan yang berbeza terutamanya bagi anda yang tidak pernah merasai pengalaman ini. Di bahagian atas kontena terdapat sebuah dek untuk anda berehat dan bersantai. Juga terdapat kemudahan kolam renang. Antara ciri menarik di homestay ini, terdapat ruangan untuk bermain seperti trampolin dan kawasan putter untuk golf.

Alamat: 11304, Kampung Side B Tambahan, Jalan Tepi Sawah, Sekinchan, Selangor

Hubungi: 017 2068666

Sekinchan Padi Box Homestay, Kuala Selangor

Homestay ini menawarkan bilik kontena berwarna-warni berkonsep hipster. Ini adalah tempat menginapan menarik untuk anda yang ‘kaki selfie’. Ia mempunyai pemandangan sawah padi yang terbentang luas. Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti berbasikal di kawasan sekitar, menangguk ikan di sawah dan BBQ bersama keluarga.

Alamat: Lot 11126, Jalan Tali Air 4, Kampung Parit Empat, Sekinchan, Selangor

Hubungi: 019 3205688

Nafas Cube, Serdang

Terletak di dalam kawasan pertanian milik MARDI iaitu MAEPS, Serdang. Menarik mengenai Nafas Cube ini ialah ia berkonsep santai, ranggi kerana menggabungkan dua jenis penginapan berbeza lagi unik iaitu kontena dan tube. Di luar penginapan, disediakan tempat bersantai seperti set kerusi-meja di beranda dan bangku untuk mereka yang menginap di tube. Amat sesuai untuk peminat agro pelancongan.

Alamat: Jalan MAEPS 4/1, Serdang, Selangor

Hubungi: 012-2513121

Dash Box Hotel Cyberjaya

Meski tidak menggunakan 100 peratus kabin sebagai daya tarikan utama, Dash Box tetap menerapkan imej sebuah kabin yang asal. Dengan konsepnya yang segar, urban dan ala hipster, anda pasti terpukau. Terdapat 2 jenis bilik yang disediakan untuk pilihan pengunjung, iaitu jenis Studio atau Kabin. Juga terdapat kemudahan kolam renang untuk dewasa dan kanak-kanak.

Alamat: Persiaran Apec, Cyber 8, Cyberjaya, Selangor

Hubungi: 03 83227171