7 Hari Je! Promosi Menarik Nestle Di Shopee

Nestlé Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Shopee menjayakan kempen Nestlé Super Brand Day atau Hari Jenama Hebat Nestlé yang pertama! Kempen Nestlé Super Brand Day akan berlangsung di Shopee dari 25 hingga 31 Mac ini.

Sepanjang kempen tujuh hari ini, pengguna boleh memanfaatkan promosi menarik membabitkan pelbagai produk Nestlé yang berbeza.

Tarikan utama kempen ini ialah pelancaran beberapa inovasi paling popular yang akan ditawarkan buat pertama kali di Shopee. Produk baharu ini termasuk NESCAFÉ Cold Brew stik terbaharu, yang juga merupakan produk Nestlé pertama dilancarkan secara eksklusif menerusi e-dagang.

Produk baharu lain yang boleh didapati termasuk MAGGI Pedas Giler, dalam 3 perisa pedas – Ayam Bakar yang menyelerakan, Tom Yummz masam pedas, dan Seafood Berapi yang menambat selera, bijirin Granola Protein MILO, MILO dengan Bijirin Penuh, dan susu Nestlé JUSTMILK Strawberi.

Ketua Pegawai Eksekutif, Nestlé Malaysia, Juan Aranols berkata, “Kami sangat gembira untuk menganjurkan Nestlé Super Brand Day sulung bersama Shopee, dan menjanjikan “pengalaman beli-belah pertama kali” yang serba menarik kepada semua pembeli dalam talian Malaysia,” katanya.

Pengarah Urusan Serantau, Shopee, Ian Ho pula berkata, “Usaha pemasaran bersama antara Nestlé dan Shopee akan terus meningkatkan pendedahan dan mengukuhkan kedudukan dalam talian Nestlé,” ujarnya yang turut mendedahkan Jualan Mega Shopee 27.3 juga akan berlangsung serentak pada 27 Mac ini.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!