7 Hidangan Padang Wajib Rasa

Makan kat mana? Makan apa? Harga berapa? Soalan-soalan ini bagaikan wajib, bagi travellers dalam setiap perjalanan terutamanya bila travel ke luar negara. Ye lah, risau makanan tak sesuai dengan tekak pula kan. Tapi kalau tak merasa makanan tempatan, bila lagi nak cuba?

Jadi, salah seorang follower Sajilibur, Amiratul Arifah Abdul Rahim yang telah ke Padang, Indonesia baru-baru ini berkongsi tujuh makanan Minang yang wajib dicuba jika pergi ke sana. Rasanya memang buat teringat-ingat. Confirm kena dengan selera!

1.Sate Padang

Tidak sah lawatan ke Padang kalau tak makan sate terkenal makanan tradisi Minangkabau. Sate asli Padang ini dibuat dari daging, lidah ataupun organ dalaman lembu seperti usus dan jantung. Haa.. mesti ada yang ngeri kan? Tapi jangan risau, korang boleh pesan awal-awal kalau nak daging saja. Sate kat sini sangat sedap sebab dapat rasa kelembutan daging dihidangkan dengan kuah yang penuh rempah. Kalau nak kuah kacang pun ada. Nak lagi sedap, makan dengan keropok kulit lembu atau dikenali sebagai keropok jangek.

2.Keropok Jangek

Snek yang dibuat dari kulit lembu asli ini boleh didapati di mana-mana gerai makan dan kedai kerepek samada dalam bentuk sedia dimakan atau belum digoreng. Kulit lembu akan disiat, dibuang bulu, dikeringkan dan digoreng. Bukan saja sedap dan rangup, keropok ni sesuai dimakan bagi pengamal diet Atkins sebab ianya tidak mengandungi tepung. Bolehlah buat kunyah sambil tengok TV. Tak risau gemuk lagi!

3.Nasi Padang

Sebagaimana sinonimnya nasi kandar dengan orang Pulau Pinang, begitu jugalah dengan Nasi Padang. Korang boleh jumpa Nasi Padang ni kat mana-mana sahaja samada warung kecil atau restoran mewah. Di restoran atau lebih dikenali sebagai rumah makan, Nasi Padang akan dihidang dengan pelbagai lauk-pauk hingga memenuhi meja. Tapi jangan risau, harga dikira atas apa yang korang makan sahaja.

4.Tembusu

Kalau korang sukakan makanan unik, jangan lupa cuba tembusu iaitu usus lembu. Usus lembu akan dicuci bersih, diikat dan diisi dengan inti seperti telur, tauhu, bawang dan garam sebelum direbus. Gulai tembusu agak terkenal namun tak semua rumah makan menyediakan menu ini. Rasanya  empuk dan kenyal dipadankan dengan gulai yang sedikit masam, membuatkan lauk ini istimewa. Rugi kalau tak cuba.

5.Bubur Kampiun (Champion)

Kepada penggemar manisan seperti sagu gula melaka, bubur kampiun ni pasti takkan kecewakan korang. Bubur ni salah satu hidangan yang dicari-cari pada bulan puasa kat sini. Campuran bubur sumsum, bubur pulut hitam dan pengat labu atau pisang memang buatkan kita ketagih. Tak cukup satu bekas seorang makan tau.. hehe.. !

6.Sala Lauak

Sala lauak merupakan sejenis kuih yang diperbuat dari tepung beras dan ikan sala. Tekstur kuih ni macam cucur udang atau cucur bilis, bezanya sala lauak menggunakan isi ikan. Kuih ni banyak dijual di tepi jalan oleh penjaja yang akan menjualnya sambal berjalan dari kereta ke kereta. Harga 6 ribu rupiah atau RM 1.70 aje untuk 12 biji. Sesuai sangat buat kudapan dalam kereta.

 

7.Es Potong

Siapa yang tak suka ais krim kan? Di sini pun ada ais krim ala-ala aiskrim Malaysia. Bezanya, aiskrim ni teksturnya lebih lembut dan diameternya lebih besar berbanding aiskrim Malaysia. Aiskrim ini akan dipotong, dicucuk lidi dan dicelup ke dalam coklat cair. Memang sedap naknya kalau makan sambil menikmati keindahan sawah di Lembah Harau. Harga pun murah 60 sen je sebatang.

Kalau korang ke Padang, Indonesia jangan lupa cuba 7 hidangan unik  ini. Rugi kalau tak cuba.

Teks dan foto: A’miratul Arifah binti Abdul Rahim

Foto Main : resepkoki.id

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!