7 Rahsia Hebat Halba

Halba ialah sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Fabaceae. Ditanam di seluruh dunia sebagai tanaman separa gersang, ia digunakan sebagai  herba (daunnya) dan rempah (bijinya). Halba sering digunakan sebagai rempah dalam pelbagai masakan. Namun  tidak ramai yang tahu manfaat halba dari sudut kesihatan. Halba mengandungi karbohidrat sehingga 60 peratus, protein dan minyak lemak, pati minyak, flavonoid, saponin serta kumarin. Sajilibur senaraikan antara kelebihan dan khasiat Halba.

1.Membantu Merawat Masalah Kulit
Membasuh muka dengan air rendaman  halba membantu mencegah bintik hitam, jerawat dan kedutan.

2.Mengatasi Masalah Rambut
Halba sebagai pes untuk disapu pada rambut mampu menjadikan rambut berkilat dan hitam. Rendam semalaman halba dengan minyak kelapa, untuk merawat penipisan rambut, rambut gugur dan kelemumur.

3.Membantu Mengurangkan Ketidakselesaan Haid
Pengambilan daun halba dalam diet membantu membekalkan zat besi pada badan.

4.Ubat Untuk Demam Dan Sakit Tekak
Biji halba diambil dengan satu sudu teh lemon dan madu, boleh mengurangkan demam dan menyuburkan badan. Kesan dari lendir dalam halba juga membantu untuk melegakan batuk dan sakit tekak.

Kredit Foto : s3-ap-southeast-1.amazonaws.com

5.Ejen pengurangkan berat badan
Mengunyah biji halba yang direndam dan diminum pada waktu pagi semasa perut kosong membantu mengurangkan berat badan.

6.Kuasa Tambahan Penghadaman
Halba kaya dengan serat dan antioksidan, mampu membantu mengepam keluar toksin yang berbahaya dari badan dan membantu penghadaman. Teh halba juga amat baik untuk melegakan senak dan sakit perut. Amalan minum air rebusan halba di awal pagi untuk membantu masalah sembelit.

7.Perisai Tahap Gula Dalam Darah
Penghidap diabetik digalakkan mengambil halba berbentuk biji atau daun dalam diet mereka. Kerana serat  semula jadi dalam halba melambatkan kadar penyerapan gula dalam darah. Ia juga mengandungi asid amino yang bertanggungjawab bagi menggalakkan pengeluaran insulin.

Resipi Air Halba Sedap

Bahan

1 sudu kecil halba
150 ml air
1 sudu kecil madu asli – boleh ganti dengan gula perang
2 biji limau kasturi – belah dua

Cara Penyediaan

  1. Rebus halba dengan  segelas air sehingga mendidih. Biarkan sejuk.
  2. Kemudian masukkan madu asli dan perahkan limau kasturi. Kacau rata, dan boleh terus diminum. Amalkan setiap pagi.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!