9 Jenis Makanan Snek Mesra Muslim Di Kedai Serbaneka Di Jepun

Ya! Hampir semua kedai serbanekanya di Jepun, dibuka pada setiap masa dan menjual hampir kesemua barangan keperluan harian antaranya makanan, ubat-ubatan sehinggalah produk kecantikan.

Pun begitu, tidak semudah itu bagi pelancong muslim untuk membeli barangan terutamanya produk makanan sekalipun barang-barang yang dipamerkan hampir lebih kurang sama dengan barang-barang yang terdapat di rak-rak kedai 7-Eleven di negara kita. Ada sesetengah produk-produknya tidak sesuai untuk pengguna Muslim.

Kini ada tidak perlu risau lagi untuk mendapatkan snek halal di Jepun. Dengan usaha komuniti masyarakat Islam di sana, produk makanan mesra Muslim semakin mudah didapati. Organisasi seperti Halal Japan dan Halal In Japan telah melakukan kerja-kerja penyelidikan dan telah menyenaraikan beberapa produk makanan yang mesra Muslim.

9 jenis makanan snek yang anda boleh dapati dengan mudah di kedai-kedai serbaneka yang terdapat di seluruh negara Jepun. Jika anda khuatir atau was-was tentang kandungan bahan-bahannya, anda boleh semak atau periksa dengan melayari laman facebook Halal Japan.

1.Roti Double Soft Jenama Yamazaki

Kredit Foto: Gigazine

Sesuai untuk sarapan, mujurlah Double Soft Bread yang dikeluarkan oleh Yamazaki Brand tidak mengandungi lemak haiwan.

2.Kopi Latte Maroyaka Jenama Sangaria

Kredit Foto: YOYO.casa

Kopi Latte Maroyaka tidak mengandungi sebarang kandungan arak atau alkohol serta kandungan yang meragukan. Kopi latte ini sesuai diminum sewaktu sarapan pagi anda.

3.Yogurt Bulgaria LB81 Jenama Meiji

Kredit Foto: Vegetarian Shopping Guide in Japan

Yogurt atau dadih adalah snek yang sangat popular di Jepun. Yogurt Bulgaria LB81 keluaran Meiji , tidak menggunakan sebarang bahan gelatin. Jika inginkan rasa manis, campurkan potongan buah-buahan   .

 4.Jukusei Yaki Taraku Onigiri (Grilled Pollack Roe Riceball) jenama Lawson

Kredit foto: Halal Japan

Bebola nasi ini adalah makanan snek yang wajib anda cuba jika berkunjung ke Jepun. Ianya kecil tetapi sangat lazat dan mengenyangkan, serta mudah dibawa ke mana-mana sahaja. Namun, berita buruknya, kebanyakan snek ini dihasil menggunakan mirin (sejenis semburan alkohol) dan emulsifiers sewaktu proses pembuatannya. Walaubagaimanapun, anda jangan risau! Grilled Pollack Roe keluaran jenama Lawson adalah antara salah satu yang tidak menggunakan bahan-bahan tersebut.

5.Stik Sayuran Dengan Mayonis jenama 7-Eleven

Kredit foto: Halal Japan

Stik sayuran dengan mayonis jenama 7Eleven ini halal yang boleh dapati di Jepun.

6.Tamago Boro Jenama Takeda Seika    

kredit foto: Vegetarian Shopping Guide in Japan

Ya! tamago boro, biskut telur  ini adalah snek untuk kanak-kanak. Ia bukan sahaja enak malah cair di mulut. Hanya produk jenama Takeda Seika sahaja yang menggunakan lemak sayuran.

7.Kacang Pis Hijau Kasugai Jenama Kobe Bussan  

Kredit foto: Halal Japan

Jika teringinkan snek kacang pis, carilah jenama Kacang Pis Hijau Kasugai. Ianya halal untuk dinikmati.

8.Chocolate Digestive Biscuits dan Chocolate Chip Cookies yang terpilih Jenama Lawson’s

Kredit foto: Halal Japan

Lawson’s adalah merupakan salah satu kedai serbaneka yang terbesar serta memiliki rangkaian yang luas di seluruh Jepun. Bagusnya, di kedai serbaneka ini ada menjual produk biskut dan cookies yang tidak mengandungi bahan lemak haiwan.

9.Waffle Cone Milk Vanilla Ice Cream jenama 7-Eleven

Kredit foto: Halal Japan

Aiskrim kon berperisa vanila ini boleh anda dapati di kedai 7Eleven, walaupun nampak biasa-biasa sahaja namun mendapat reviews online yang sangat baik. Bagusnya lagi, ia tidak mengandung bahan yang mengandungi arak serta lemak haiwan. Jadi, bolehlah anda menikmati keenakannya tanpa ragu-ragu.

 

Peringatan: selain meneliti produk makanan yang mengandungi bahan-bahan seperti daging khinzir, lembu atau ayam, pastikan juga anda memeriksa betul-betul senarai bahan kandungan yang lain termasuk bahan emulsifiers yang berasaskan haiwan, gelatin atau kandungan arak.

Sebagai panduan, Halal in Japan telah menerbitkan senarai perkataan dalam tulisan kanji/hiragana/katakana untuk bahan kandungan yang haram atau meragukan yang boleh anda rujuk sewaktu melancong ke Jepun. Malah anda boleh muat turun dalam format pdf.

Sumber: Have Halal Will Travel

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!