Anda Di Serang Selsema Ketika Dalam Penerbangan? Ini Cara Atasinya…

Menggembara menggunakan pengangkutan udara menjadi pilihan ramai orang. Namun keadaan lapangan terbang dan pesawat yang sentiasa padat dengan  pelancong dari pelbagai negara memudahkan penyakit dan  serangan virus menjangkiti kita tanpa disedari. Selsema  antara virus yang paling mudah menyerang antibodi saat mengembara. Berikut beberapa tip yang boleh anda lakukan ketika anda diserang selesema di dalam penerbangan.

MINUM AIR PUTIH
Pastikan keperluan air putih di dalam badan mencukupi ianya  dapat meningkatkan daya tahan tubuh. Selain itu, dengan meminum air putih juga akan mengelakkan dehidrasi selama penerbangan  yang akan menyebabkan pening dan mual.

Kredit foto: resultsfoodcoaching.com

KONSUMI VITAMIN
Cubalah konsumsi vitamin C sebelum memulakan penerbangan. Paling baik ambil vitamin C yang berasal dari buah-buahan segar, sayur-sayuran dan jus.

Kredit Foto : minimalistbaker.com

JAGA KEBERSIHAN TANGAN
Jagalah kebersihan tangan.  Virus dan penyakit, biasanya bermula dari sentuhan tangan. Cuci tangan sebelum naik ke dalam pesawat, dan setelah selamat mendarat. Paling selamat sentiasa bawa dan gunakan ‘wet tissue‘.

kredit foto: https://cdn.abcotvs.com

PAKAI MASKER PELINDUNG WAJAH
Udara dalam pesawat adalah media penularan virus selesema. Untuk itu ada baiknya gunakan masker pelindung wajah untuk mencegah daripada penyakit selsema ketika dalam penerbangan.

Kredit Foto:     cdn.shopify.com
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!