Anjur Open House… Ikut Tip Mudah Ini

Budaya rumah terbuka atau open house telah menjadi satu kelaziman dalam masyarakat kita. Sepanjang bulan Syawal ini boleh dikatakan setiap hari pasti akan ada sahaja jemputan ke open house, dan pastinya anda juga ingin mengadakannya di rumah anda sendiri. Di bawah ini admin kongsikan beberapa tips untuk buat open house:

1.Jemputan tetamu

Kredit foto: Venuescape

Perkara pertama perlu anda fikirkan sebelum buat open house adalah jumlah tetamu yang hendak dijemput. Bukan apa, sekiranya terlalu ramai mungkin akan menimbulkan kesulitan seperti tidak cukup makanan dan ruang yang terhad, melainkan jika anda menyewa dewan untuk majlis open house anda.

Jadi, seeloknya anda jemput secara berperingkat. Misalnya, dari jam 10 pagi ke Zuhur untuk keluarga dan jiran terdekat. Lepas Zuhur sampai 6 petang untuk rakan sekerja dan kawan sewaktu belajar dahulu. Dengan cara begini anda boleh fokus untuk melayan dan meraikan setiap tetamu yang datang.

2.Bajet kewangan

Buat open house tidak semestinya anda perlu berhabisan segalanya. Di sini, anda perlu bijak membuat perancangan kewangan supaya tidak berlaku pembaziran dari segi duit dan makanan. Apa yang penting sebenarnya adalah niat ikhlas anda untuk menjamu tetamu dan mengeratkan silaturrahim.

 3. Pilih tarikh dan waktu yang sesuai

Syawalkan sebulan, jadi usahlah hanya tumpu pada satu tarikh sahaja. Mungkin anda boleh pilih pertengahan atau akhir bulan syawal untuk membuat open house. Kebiasaannya, hujung minggu adalah hari yang paling sesuai kerana anda tidak perlu kelam kabut membuat persediaan dan tetamu pula tidak perlu rushing sepanjang open house berlangsung. Selain itu anda juga perlu merancang masa jamuan bermula sama ada untuk makan tengahari ataupun makan malam.

4.Rancang menu sajian

Kredit foto: Rilek1Corner

Apalah ertinya open house tanpa makanan? Sebab itu menu makanan sangat penting sewaktu open house. Sebaiknya anda pilih satu menu main dish seperti nasi minyak/nasi bukhari/nasi hujan panas atau menu-menu lain. Selain itu anda juga boleh sertakan makanan sampingan lain seperti pasta, kuih muih, lemang, ketupat dan lain-lain. Buah-buahan juga jangan dilupakan sebagai pelengkap hidangan.

5.Masak sendiri atau tempah katering

Sekiranya tetamu jemputan tidak terlalu ramai, wajarlah anda memasak hidangan itu sendiri. Namun, jika bilangan tetamu seakan-akan kenduri kahwin maka ada baiknya anda tempah sahaja makanan daripada katerer supaya tidak penat dan serabut kepala memikirkan pasal makanan.

6.Fikirkan ruang

Masalah ruang juga sering memeningkan anda sebagai tuan rumah. Pasti anda mahu tetamu berasa selesa apabila bertamu ke rumah anda. Oleh itu admin cadangkan supaya anda lapangkan ruang tamu dan juga garaj kereta untuk diletakkan kerusi dan meja makan jika perlu. Sekiranya anda menjemput tetamu yang ramai mungkin juga perlu menempah kanopi, dan jika boleh sediakan lebih daripada satu meja bufet agar tetamu tidak beratur lama untuk mengambil makanan.

7.Kemudahan untuk tetamu

Kemudahan untuk tetamu adalah perkara yang perlu kita sediakan apabila buat open house. Bila ada tetamu yang bawa anak kecil, kena consider juga tempat atau ruang untuk mereka tidur, tukar diapers dan sebagainya. Jika boleh sediakan juga ruang atau bilik untuk tetamu solat atau tumpang toilet.

8.Melayan tetamu

Kredit foto: Kertih Terminals Sdn Bhd

Sebagai tuan rumah pastinya anda sibuk menguruskan pelbagai hal, namun usah lupa untuk ambil peluang yang ada dengan berbual dan bertegur sapa tetamu yang datang. Perkara ini sangat penting kerana ia akan membuatkan tetamu anda berasa dihargai dan barulah kena dengan konsep open house yang bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim.

Semoga tips yang admin kongsikan ini memberi manfaat kepada anda!

Kredit main foto: bloomthis.co

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!