Avengers Assemble! Pameran Marvel Studio Kini Di Malaysia

Pernah terfikir untuk melihat sendiri kostum dan props sebenar karakter di dalam Marvel Cinematic Universe (MCU)? Mungkin sekadar angan-angan atau hanya dalam mimpi barangkali!

Namun, tidak lagi! Kini, anda berpeluang untuk menyaksikan lebih daripada itu apabila Marvel Studio bakal mengadakan pameran khas digelar sebagai Marvel Studios: Ten Year of Heroes exhibition.

Pameran yang berlangsung pada 28 Jun hingga 27 Oktober itu bersempena dengan ulang tahun Marvel yang ke-10, selepas bermulanya filem MCU pada 2008 menerusi Iron Man sehinggalah Avengers: Endgame, tahun ini.

Apa yang menariknya tentang pameran ini?

Pameran ini bukan sahaja menghimpunkan karakter utama MCU seperti pameran patung (mannequin), malah ia berbentuk interaktif di mana para pengunjung akan dibawa semula ke semua babak menarik filem-filem Marvel sepanjang tempoh sedekad yang lepas.

Anda bakal menyaksikan pelbagai props, kostum, senjata yang digunakan dalam kesemua MCU.

Terdapat 10 galeri kesemuanya dan paling menarik adalah Iron Man, Dr Strange, Black Panther, Thor dan Captain Marvel akan dipamerkan. Antara kelengkapan dan senjata menarik yang boleh dijanjikan termasuklah ‘arc reactor’ Iron Man, penukul ikonik Thor Mjolnir, Stormbreaker, serta Loki Scepter.

Malah anda akan pasti akan kagum dan teruja kerana segala props dan kostum yang dipamerkan adalah barangan asal yang digunakan pelakon dalam filem MCU.

Pameran ini bakal dibuka kepada orang ramai bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di level 10 Pavilion Elite. Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan tiket di laman web Marvel Exhibition bermula sekarang.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.marvelexhibition.my

Kredit foto: Marvel Malaysia

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!