Ayam Pedas Cili Padi

Ayam Pedas Cili Padi

BAHAN PERAP
1 ekor ayam – potong 8
3 cm halia
3 ulas bawang putih – tumbuk
½  sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar serbuk kunyit
Minyak masak untuk menggoreng
Garam

BAHAN TUMISAN
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
3 cm halia – kisar halus
3 tangkai cili hijau
10 tangkai cili padi
2 batang serai – titik
3 helai daun limau purut
2 keping asam gelugur
Minyak masak untuk menumis
Garam

CARA PENYEDIAAN :

1.Tumbuk halia, bawang putih dan biji ketumbar sehingga lumat.

2. Kemudian gaulkan bahan yang telah ditumbuk bersama ayam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar dan garam. Perap selama 2 jam. Selepas itu goreng ayam dengan minyak yang banyak sehingga ayam garing. Angkat dan tuskan minyak (pastikan bahan perapan tidak terlalu garing untuk mengelak rasa pahit). Angkat ayam dan ketepikan.
3.Panaskan minyak, masukkan serai dan tumiskan seketika.
4. Tumiskan bahan yang telah dikisar halus sehingga garing.
5.Masukkan garam, gula, asam gelugur dan daun limau purut.
6. Masukkan ayam dan gaulkan sebati.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!