Banyaknya Khasiat Nanas, Sesuai Dimakan Lepas Raya

Nanas mempunyai 1000 segala manfaat ramai yang tidak tahu.  Sama ada untuk wanita, batuk, kolestrol ataupun sebagai diet.Kandungan Vitamin B di dalam buah nanas terutamanya B1 berfungsi dalam membantu proses penghadaman dan melicinkan proses pencernaan dalam usus manakala Vitamin B3 bersama kandungan kabohidratnya dapat mengawal sistem penghadaman agar sentiasa sihat. Balik dari rumah terbuka, jangan lupa nikmati sepotong nanas yeaa…

PENCERNAAN

Nanas kaya dengan serat dan berupaya mengurangkan risiko kanser kolon. Sebiji buah nanas mengandungi 13 gm serat dan ianya langkah yang cukup baik untuk mencegah sembelit. Untuk merawat sembelit, disarankan minum satu gelas jus nanas setiap pagi dan diikuti segelas air kosong.

MENINGKATKAN KESUBURAN

Nanas yang kaya dengan antioksidan yang membantu mencegah kemandulan. Malah ianya sangat disarankan buat mereka yang sedang berusaha untuk hamil. Kandungan seperti vitamin C, beta karoten dan mineral mempengaruhi tahap kesuburan lelaki dan wanita. Antioksidan mampu meningkatkan aliran darah dan membina semula tisu-tisu dalam pembentukan organ peranakan sekali gus dapat meningkatkan penghasilan sperma.

PERTAHANAN SISTEM IMUM

Kandungan bromelain di dalam nanas berfungsi sebagai anti-kanser. Menurut kajian, sebatian semulajadi bromelain mampu membunuh sel yang dijangkiti kanser menerusi proses apoptosis. Ianya juga berupaya untuk mengurangi rasa sakit dan impak negatif kepada pesakit kanser selepas rawatan kimoterapi.

AWET MUDA

Manfaat jus nanas dapat memberikan manfaat kepada keremajaan sel-sel di dalam tubuh. Vitamin C yang terdapat di dalam buah ini memainkan peranan sebagai antioksidan dalam mengekalkan kesihatan tisu-tisu dalam badan, sekali gus dapat mengekalkan kesihatan salur darah dan organ dalaman.

MENGURANGKAN RISIKO SAKIT MATA

Nanas bagus untuk mengurangkan risiko penyakit mata seperti katarak yang biasanya terjadi ketika usia meningkat. Ia diperolehi daripada kandungan vitamin C di dalamnya dan juga antioksidannya. Hasil kajian menunjukkan pengambilan vitamin C penting untuk mengelakkan katarak.

UBAT BATUK

Mengalami masalah batuk atau asma, nanas merupakan ubat semula jadi yang mujarab. Kajian menunjukkan bahawa beta karoten mampu mengurangkan masalah asma dan batuk. Malah, jus nanas sangat di saran diambil jika diserang batuk.

 KAYA VITAMIN C

Kandungan Vitamin C dalam nanas adalah separuh daripada keperluan harian vitamin C. Ia menentang kerosakan sel. Justeru, ia bagus dalam melawan masalah seperti sakit jantung dan sakit sendi.

SUMBER KARBOHIDRAT 

Nanas adalah sumber karbohidrat yang diperolehi daripada gula seperti fruktosa,sukrosa, dan glukosa di dalamnya.Satu cawan potongan nanas mengandungi 82 kalori. Nanas juga bebas lemak dan bebas kolesterol selain rendah kandungan sodium. Minum jus nanas yang dikisar sendiri lebih baik daripada membeli jus yang dijual di kedai kerana dikhuatiri kandungan gula dan air yang dicampurkan ke dalamnya menghilangkan nilai khasiat sebenar nanas.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!