Bayam Untuk Tubuh, Ini Khasiat Yang Patut Anda Tahu

Bayam merupakan sejenis sayuran berdaun yang sangat mudah didapati di negara ini dan antara  sayuran yang mengandungi vitamin serta mineral yang cukup lengkap. Bayam mengandungi vitamin A, B, C dan vitamin K. Mineral utama di dalam bayam adalah magnesium, zat besi, asam folik, serat, kalsium dan banyak lagi. Ini menjadikan bayam sebagai salah satu sayuran yang bernutrisi lengkap. Antara manfaat bayam pada kesihatan tubuh ialah:

Bagus untuk Diet

Satu mangkuk bayam membantu pencernaan, mencegah sembelit dan mempertahankan gula darah rendah.

Perisai Kulit Sihat 

Jumlah vitamin A dalam bayam mampu  menjadikan kulit yang sihat  dan memudarkan pigmentasi, jerawat dan bahkan kedutan.

Kaya Antioksidan
Vitamin C, E, beta-karotena dan mangan dalam bayam berfungsi sebagai antioksidan kuat yang mengurangi terjadinya osteoporosis, aterosklerosis dan tekanan darah tinggi.
kredit foto: https://www.well-beingsecrets.co

Super Penglihatan

Lutein dan zeaxanthin yang sangat banyak di dalam bayam dikatakan mampu melindungi mata dari katarak dan penyakit mata akibat peningkatan usia.

Suplemen Semula Jadi Tulang

Vitamin K dalam bayam  dapat mencegah aktivasi kelebihan osteoklas (sel-sel yang memecah tulang) serta meningkatkan protein yang sangat penting untuk menjaga kekuatan dan kepadatan tulang.

Nyahkan Selulit Dengan Bayam

Bayam mempunyai indeks glisemik 15, sangat sempurna  sebagai hidangan utama semasa proses penurunan berat badan dan paling teruja mampu menghilangkan selulit pada tubuh.

Cegah Alzheimer

Vitamin K di dalam bayam dikatakan mampu mengurangkan kerosakan saraf di otak pesakit yang menderita Alzheimer. Vitamin K sangat penting untuk kesihatan otak dan boleh mencegah Alzheimer.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!