Belum Gaji? Nah ini 5 Menu Tunggu Gaji

SAMBAL GORENG

BAHAN
70  tangkai cili padi kampung
6 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
Segenggam ikan bilis – tumbuk kasar
2 ketul kiub ikan bilis
Minyak masak secukupnya
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Goreng ikan bilis sehingga garing. Angkat dan ke tepikan.
  2. Kemudian kisar kering cili, bawang merah dan bawang putih. Tumiskan kesemua bahan hingga naik bau. Masukkan garam dan kiub ikan bilis. Goreng hingga garing.
  3. Tambah minyak sekiranya terlalu kering.
  4. Setelah sambal  garing, baru masukkan ikan bilis dan gaul seketika.

 

ACAR TELUR 

BAHAN
7 biji telur ayam
15 tangkai cili kering –kisar
5 ulas bawang merah -kisar
3 ulas bawang putih -kisar
1 sudu besar rempah kari daging
10 keping asam gelugur
3 biji limau nipis -ambil jusnya
Rempah 5 sekawan -kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga,cengkih
Bawang goreng
Garam dan gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Rebus telur bersama asam gelugur  dan garam. Setelah masak, kupas kulitnya dan ketepikan.
  2. Tumis rempah 5 sekawan hingga naik bau. Masukkan cili kering dan bawang merah yang telah dikisar. Kemudian masukkan rempah kari, gula dan garam.
  3. Masukkan perahan limau nipis dan sedikit air. Kemudian masukkan telur  dan  gaulkan sebati.

 

SALAD SUHUN

BAHAN
300 gm suhun
1 labu bawang merah- hiris
5 sudu besar sos ikan
3 sudu besar air perahan limau
200 gm udang – rebus
2 sudu besar halia parut
1 biji timun
1/2 cawan kacang tanah sangai
3 tangkai cili merah-cincang
1 batang lobak merah
Sedikit tauge
Sedikit daun ketumbar
Sedikit daun pudina
Gula

CARA PENYEDIAAN

  1. Rendam suhun dengan air panas sehingga kembang dan tuskan.
  2. Satukan sos ikan, halia, cili, perahan limau, gula dan gaul sebati. Kemudian masukkan hirisan bawang. Biarkan seketika.
  3. Akhir sekali, satukan ke semua bahan. Masukkan udang dan gaul sebati.

 

SUP BEBOLA IKAN 

BAHAN
1 ekor isi ikan sardin – tumbuk halus
1 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil garam
4 sudu besar tepung ubi kayu
Minyak masak untuk menumis

BAHAN KUAH
4 labu bawang besar – hiris
3 ulas bawang putih – hiris
3 cm halia – hiris
2 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
2 kuntum bunga lawang
2 biji kentang – belah empat
1 batang lobak merah – potong kecil

CARA PENYEDIAAN

  1. Satukan isi ikan, lada sulah, garam dengan tepung ubi kayu. Gaul sebati dan bulat-bulatkan menjadi bebola. Bila dah siap ketepikan dahulu.
  2. UNTUK MEMBUAT KUAH: Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih, halia dengan kulit kayu manis, bunga cengkih serta buah pelaga hingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan air, kentang dan lobak merah.
  4. Apabila sudah mendidih, masukkan bebola ikan dan rasakan garamnya.
  5. Taburkan hirisan daun sup dan daun bawang. Bolehlah dihidangkan.

 

TAUHU TELUR SOS TIRAM

BAHAN
2 paket tauhu telur – potong kecil
½ cawan tepung jagung
Minyak

BAHAN SOS
6 ulas bawang putih – cincang
1 tangkai cili merah – hiris
2 sudu besar sos tiram
½ sudu kecil – sos bijan
1 ½ sudu besar bancuhan tepung jagung
1 ½ cawan  air rebusan ayam
Sedikit minyak – menumis
Garam dan serbuk lada putih secukup rasa

CARA PENYEDIAAN

  1. Tauhu dicelup pada tepung jagung sebelum digoreng garing. Angkat dan ketepikan.
  2. UNTUK SOS : Tumis bawang putih hingga naik bau.
  3. Masukkan sos tiram, minyak bijan, air rebusan ayam dan cili merah.
  4. Perasakan dengan garam dan serbuk lada putih.
  5. Apabila sos panas masukkan bancuhan tepung untuk memekatnya.
  6. Tuangkan sos ke atas tauhu yang telah digoreng tadi.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!