Berjaga-Jaga Ketika Suhu Panas, Elak Strok Haba

Cuaca panas yang kini sedang melanda negara sememangnya cukup dirasai, lebih-lebih lagi ketika kita melakukan aktiviti luar. Secara klimatologinya, tempoh penghujung Monsun Timur Laut ini merupakan tempoh kurangnya taburan hujan di seluruh negara kecuali di barat Sarawak. Ini sekali gus menyebabkan berlakunya cuaca panas.

Pada 25 Februari lalu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) merekodkan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 celcius dialami di 10 kawasan di semenanjung selama tiga hari berturut-turut dan dikategorikan pada tahap satu iaitu dalam fasa berjaga-jaga.

Keadaan cuaca panas yang dialami di kebanyakan kawasan negara dalam tempoh ini dijangka beransur reda bermula hujung April 2019, berikutan bermulanya fasa peralihan monsun yang membawa lebih banyak taburan hujan ke seluruh negara.

Dengan cuaca panas sebegini, pastikan anda sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak berlaku strok haba (apabila paras suhu badan meningkat melebihi 40.5 celcius berbanding suhu normal badan manusia kira-kira 37 celcius).

Semasa tempoh cuaca panas dan kering sekarang, anda dinasihatkan agar berhati-hati ketika melakukan aktiviti luar, tidak melakukan pembakaran terbuka dan minum air secukupnya.

Selain itu, sentiasa peka dengan perubahan cuaca serta mendapatkan maklumat dan amaran cuaca terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca dan media sosial MMD.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!