Bidor Station Kopitiam Bangkitkan Nostalgia

Terbayang suasana kedai kopi dulu-dulu, sebaik melangkah masuk ke Bidor Station Kopitiam ini. Kafe yang berkonsepkan stesen keretapi lama ini diilhamkan oleh pemiliknya Suryani Kamarudin. Yang seronoknya, suasana di kafe ini bagaikan mengimbas memori silam. Kafe yang berlantaikan kayu papan ini, sudah lapan tahun menjadi tumpuan warga kota untuk menjamu selera. Lebih-lebih lagi dihujung minggu, ramai yang mengambil peluang meluangkan masa bersama keluarga tersayang. Kafe ini turut menjadi ‘port’ bagi sebahagian orang untuk bertemu ‘client’ dan berbincang hal bisnes. Sebab itulah ruang rehat disediakan sambil boleh bersembang santai.

Di setiap meja juga terdapat maklumat laluan keretapi di sekitar Perak berserta dengan info. Begitu dekatnya hati si pemilik kafe dengan ragam dan situasi stesen keretapi lama ini. Menurut Suryani, dia dan adik-beradiknya dibesarkan di persekitaran stesen keretapi lama di Bidor dan disebabkan itulah tercetusnya idea wujudnya Bidor Station Kopitiam.

 

Apa istimewanya Bidor Station Kopitiam? Sudah pastilah pada menu yang disajikan, Seperti makan di rumah, itulah ungkapan yang paling tepat untuk mengambarkan suasana ketika makan di kafe ini.

Nasi goreng Bidor antara menu yang sering di ‘order’ pelanggan. Istimewanya nasi goreng ini dihidangan bersama  ikan kembung rebus goreng berulamkan petai. Makan panas-panas, fuhh..terangkat!

Nasi Gulai Kemangi Ayam Kampung hidangan yang paling digemari. Aroma daun kemangi di dalam gulai, menjadikan hidangan ini lain dari yang lain. Teringat kampung halaman dan ini merupakan masakan turun temurun keluarga Suryani. Menu terbaru, ada gulai salai

Mi Udang
Kuey Teow Goreng Kerang

Bagi peminat mi, ada lebih 10 jenis pilihan mi yang menyelerakan antaranya laksa, mi rebus tulang, mi udang, mi ketam, mi bandung, mi hailam dan mi sup utara. Pilih aje nak makan mi apa, semuanya sedap! Kafe yang boleh memuatkan 70 orang dalam satu-satu masa ini, turut menyajikan hidangan masakan Barat.

Crispy Chicken Chop
Beef Blackpepper
Kalau ada yang teringin nak makan lempeng pisang pun ada.

Senang cerita, terdapat lebih dari 50 menu dan lebih dari 30 jenis air yang boleh anda nikmati dan bukan itu aje, anda juga boleh mengadakan sebarang majlis di kafe ini berserta tempahan makanan. Krew Bidor Station sedia memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda. Tunggu apa lagi, jom serbu Bidor Station Kopitiam!

Waktu Operasi : 12 tengahari – 2 pagi 

Alamat : Bidor Station Kopitiam
                 No. 12, Jalan Seri Taming 1e,
                 Taman Seri Taming,
                 Batu 9 Cheras, Kuala Lumpur

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!