Buah Naga Buat Kita Cantik Dan Awet Muda

Buah Naga  merupakan buah eksotik yang tumbuh di kawasan tropika. Kulit luarnya berbentuk seperti duri dan mempunyai warna merah, merah gelap dan kuning. Isinya pula berwarna putih, merah, atau ungu dengan taburan biji-biji yang berwarna hitam.

Tekstur isinya seperti isi tembikai dan rasanya pula seakan buah kiwi. Buah naga mengandungi serat, kalsium, zat besi, dan fosforus yang bagus untuk merawat penyakit darah tinggi. Siapa sangka, buah naga ini jika diamalkan penggambilannya secara sistematik wajah akan kelihatan cantik dan kulit akan menjadi lebih anjal. Nak tahu rahsianya? SAJILIBUR kongsikan keistimewaan buah Naga ini antaranya :

1. ANTI PENUAAN

  • Sumber yang baik untuk mendapatkan manfaat antioksidan kerana ia mengandungi vitamin C.
  • Antioksidan menjadi antara faktor yang membantu mengekalkan keanjalan dan keremajaan kulit serta berperanan sebagai antipenuaan.
  • Kehadiran antioksidan ini juga membantu menentang radikal bebas di seluruh badan, sekaligus membantu untuk menghalang   pengaktifan sel kanser.

2. MERAWAT KULIT

  • Buah naga merah, dikisar dijadikan masker.
  • Masker ini boleh menjadi ubat herba untuk menghilangkan jerawat dan bekas jerawat.

3. MENINGKATKAN KEKEBALAN TUBUH

  • Kekebalan tubuh kita akan terganggu bila tibanya musim hujan atau panas.
  • Pengambilan buah naga secara teratur, akan meningkatkan vitamin C di dalam tubuh badan. Untuk itu, amalkan minum jus buah naga yang dikisar segar satu cawan sehari.
Kredit Foto : freepik.com

4. BAIK UNTUK PENGHADAMAN

  • Kandungan serat yang tinggi membantu memperbaiki kelancaran usus dengan memudahkan laluan di bahagian saluran penghadaman. Pengambilan buah eksotik ini boleh membantu mengurangkan masalah sembelit dan sindrom gangguan usus.

5. MENURUNKAN KADAR GULA DALAM DARAH 

  • Buah naga merah mengandungi gula sederhana bagus untuk dimakan oleh pesakit diabetes. Kajian menunjukkan pengambilan buah naga dapat mengawal kadar glukosa di dalam darah.

6. MELANCARKAN SISTEM PENCERNAAN

  • Buah naga merah mengandung serat semula jadi  yang tinggi. Serat sangat bagus untuk melancarkan sistem pencernaan yang bermasalah.
  • Serat juga berfungsi sebagai zat yang melawan dan mencegah penyakit seperti serangan jantung, strok dan gangguan kardiovaskular.
Kredit  Foto : hungryforever.com
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!