Bubur Ayam Ala McD, Ini Rahsianya

 

Bubur Ayam dan Sayuran

BAHAN
1 cawan beras
500 ml air

BAHAN A
1 biji bawang besar – dihiris
2 ulas bawang putih – dihiris
100 gm isi ayam

BAHAN B
1 batang lobak merah – dipotong kecil
½ batang kubis panjang – dipotong kecil
100 gm kacang panjang – dipotong kecil

BAHAN C
50 gm kacang tanah – digoreng
50 gm daun bawang – dihiris
50 gm daun sup – dihiris
Sedikit minyak – untuk menumis
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN

  1. Masukkan minyak ke dalam periuk. Panaskan minyak dan tumiskan bahan A sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan beras dan air. Reneh sehingga beras kembang.
  3. Seterusnya masukkan bahan B ke dalam periuk. Kacau sehingga masak.
  4. Akhir sekali, masukkan bahan C dan garam.
  5. Sedia untuk dihidang.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!