Bufet ‘Ramadan Al-Mubarak’ Di Hotel Premiera Kuala Lumpur

Tema: Ramadan Al-Mubarak
Lokasi: Hotel Premiera Kuala Lumpur, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Bermula: 6 Mei hingga 3 Jun 2019 | 6.30 petang hingga 10.00 malam
Harga: Dewasa RM88 & kanak-kanak RM40 (harga biasa)
Hubungi: 03-26151000 EXT: 1018/1049

Menuju ke aras 6, Dewan Utama Hotel Premiera Kuala Lumpur, aroma kambing golek sudah cukup membuatkan perut yang kosong ingin segera diisi. Diadun dengan rempah istimewa dan dibakar menggunakan kayu arang, sudah cukup menggambarkan keenakan rasanya.

Maka tidak hairanlah jika ramai yang sanggup beratur panjang demi mendapatkan hidangan istimewa hotel yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman ini.

Ini adalah antara hidangan yang akan anda temui pada bufet Ramadan di Hotel Premiera Kuala Lumpur. Bertemakan Ramadan Al-Mubarak, terdapat pelbagai cita rasa tempatan dan barat boleh anda cuba di sini.

Menyajikan hidangan berkonsepkan ‘gerai’, terdapat pelbagai makanan Melayu asli seperti ayam panggang percik madu, udang sambal petai, siput sedut masak lemak cili api serta hidang kontemporari yang pasti akan memenuhi selera kala berbuka puasa.

Anda juga boleh menikmati hidangan goreng panas seperti pisang, keledek, ubi dan banyak lagi. Juga pelbagai kuih muih tradisional sebagai pemanis mulut.

Apam balik ‘live’ adalah antara pemanis mulut yang terdapat di salah satu gerai yang tidak harus anda lepaskan. Begitu juga dengan hidangan sampingan lain seperti laksa dan aneka mi.

Bagi pencinta makanan barat usah risau, anda juga boleh menikmati adunan aneka pasta, stew sotong, pilihan ikan bersama sos lemon butter termasuk masakan panggang BBQ seperti itik panggang.

Satu perkara istimewanya di Hotel Premiera Kuala Lumpur adalah hidangan buah-buahan tempatannya. Durian, manggis, nanas dan banyak lagi. Pasti sukar untuk dilepaskan, luangkan waktu seketika untuk merasai kesegaran buah-buahan ini.

Sambil menikmati hidangan berbuka puasa, anda juga akan dihiburkan dengan alunan lagu dari pelbagai irama yang dipersembahkan oleh kumpulan Uda Dara.

Anda juga tidak perlu risau terlepas solat terawih kerana hotel ini turut menyediakan surau yang luas di aras 7. Sepanjang bulan Ramadan, solat terawih akan diimamkan oleh ustaz yang telah dilantik oleh pihak hotel.

Bagi yang berminat untuk bermalam, pakej bilik Ramadan juga disediakan. Ia berharga RM350 untuk satu malam berserta sahur dan iftar untuk dua orang.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!