Cabaran Santai Di Escape Challenge Paradigm Mall November Ini

Pusat rekreasi dalam pusat membeli-belah? Bukan suatu perkara asing lagi. Sudah banyak pusat membeli-belah terkenal menyediakan kemudahan rekreasi dengan pelbagai aktiviti yang menghiburkan. Terbaru, Paradigm Mall, Petaling Jaya bakal mencabar adrenalin anda dengan pembukaan Escape Challenge pada hujung November ini.

Sim Leisure Group Ltd., pemaju dan pengendali taman tema baru-baru ini mengumumkan penandatanganan perjanjian dengan Jelas Puri Sdn Bhd, untuk membina dan mengendalikan pusat rekreasi dalaman di pusat membeli-belah terkemuka ini.

Gambaran artis untuk Escape Challenge di Paradigm Mall.

Pembinaan pusat rekreasi dalaman seluas 35,000 kaki persegi ini dijangka akan siap dan dilancarkan secara rasmi menjelang akhir November 2019, sebelum musim cuti sekolah akhir tahun. Paradigm Mall meliputi enam tingkat dengan 700,000 kaki persegi ruang runcit dan menempatkan lebih daripada 300 kedai.

Escape Challenge, versi Escape dalam bangunan, menyasarkan golongan belia dan keluarga muda dalam populasi bandar. Ia sudah tentu sesuai untuk aktiviti santai yang menarik untuk seisi keluarga, kanak-kanak dan sahabat handai. Sama-sama kita nantikan kemunculan Escape Challenge di Paradigm Mall nanti!

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!