Cara Berlauk Style Uwan

Cara berlauk boleh dipelbagaikan intinya. Boleh juga jika nak gunakan udang mahupun ayam, ikut suka, Resipi ini dari arwah nenek, istimewanya kuih cara ini akan tetap lembut biarpun sudah semalaman.

BAHAN ADUNAN
2 cawan tepung gandum
2 cawan santan + 2 cawan air
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning + garam

BAHAN INTI
300 gm daging kisar
1 labu bawang besar – cincang
2 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
1 sudu besar serbuk cili
Sedikit minyak masak
Garam

BAHAN HIASAN
2 tangkai cili merah – cincai
6 tangkai daun bawang

CARA PENYEDIAAN


1. Terlebih dahulu sapukan acuan dengan sedikit minyak. Kemudian panaskan di atas api sederhana kecil.


2. Satukan bahan adunan ke dalam pengisar. Kisar sehingga halus. Tuangkan adunan ke dalam bekas dan ambil sesudu adunan, dan sudukan ke dalam acuan.


3. Sementara itu, tumiskan bahan inti kecuali daging kisar. Setelah naik bau, masukkan daging kisar dan tumis sehingga kering. Sebatikan rasa garamnya secukup rasa. Apabila kuih cara hampir masak, letakkan inti di atasnya. Biarkan kuih sehingga masak.


4. Akhir sekali, taburkan cili merah dan daun bawang yang telah dicincang. Siap untuk dihidangkan.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!