Cara Paling Betul Untuk Masak Mi Segera… Ubah Dari Sekarang

Selama ini cara kita masak mi segera ialah dengan merebus mi ke dalam periuk dan taburkan serbuk perasa. Kemudian didihkan mi segera selama  tiga minit. Betul tak? Begitu mudah untuk masak mi segera. Namun, tahukah anda kaedah memasak mi segera sedemikian,  sangat membahayakan untuk jangka masa panjang.  Sebenarnya dengan melakukan kaedah memasak sebegitu, kita sebenarnya merebus bahan-bahan yang ada dalam serbuk perasa, terutamanya MSG, yang  akan mengubah struktur molekul MSG dan menyebabkan MSG berubah menjadi toksik. Perkara lain yang anda mungkin sedar atau mungkin tidak sedar adalah, mi segera itu disalut dengan pengawet makanan di mana amat berbahaya pada tubuh jika diambil berterusan.

Kredit Foto https://www.healthline.com

Kaedah Yang Betul Untuk Memasak Mi Segera

  1. Rebus mi di dalam periuk yang berisi air.
  2. Setelah mi lembut, angkat dan tuskan mi. Buang air rebusan mi kerana ia mengandungi bahan pengawet.
  3. Di periuk lain, didihkan air dan masukkan mi segera tadi dan matikan api.
  4. Hanya pada tahap ini ketika api telah dimatikan, dan ketika air masih sangat panas, masukkan serbuk perasa, untuk membuat sup mi.
  5. Jika anda inginkan mi kering, keluarkan mi dan masukkan serbuk perisa, gaul rata  dan tuskan mi.

 

sumber dari  Dr. Zubaidi Haji Ahmad

kredit foto depan https://en.wikipedia.org

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!