Cedok Idea IKEA Kemas Kini Dapur Mengikut Bajet

Impikan dapur baharu, tapi tiada banyak masa atau duit untuk pembaharuan?  Apa lagi, jom copy paste cara IKEA  dalam mengemas kini dapur dalam enam cara mudah – tiada ubah suai diperlukan!
1. Kosongkan ruang kaunter anda.
Letakkan rel gantung untuk menyimpan perkakas, pinggan kering dan banyak lagi. Manfaatkan ketinggian siling anda dengan rel dinding di atas ketuhar, letakkan item yang selalu digunakan berdekatan.
2. Tingkatkan rutin kitar semula dan membersih.
Maksimumkan storan kabinet anda dan asingkan kitar semula dengan tong mudah dikosongkan pada rel. Sisipan para gandakan ruang storan. Gunakan pintu untuk menyimpan barangan mencuci dan mentol lampu sehingga anda sedia untuk kitar semula.
3. Terangi dengan cahaya!
Mahukan pencahayaan mudah tanpa pendawaian semula? Hanya pasang lampu sorot di bawah kabinet dapur dengan pita pelekat. Sorok kabel dengan penyaluran – hanya koyak dan gam.
4. Gandakan storan dapur anda.
Letak kabinet terbuka di dinding sisi untuk anda menyimpan buku memasak kegemaran dan bekas makanan. Troli boleh gerak adalah tiket anda untuk ruang permukaan kerja tambahan – dan storan tambahan!
5. Tambah glam
Foto dan pinggan mangkuk boleh hasilkan rupa minimalis dengan grafik yang tidak akan selubungi bilik. Kabinet pintu kaca di atas meja mencipta ruang paparan dan menyimpan keperluan masa makan berdekatan, supaya anda tak perlu asyik bangun.
6. Segarkan meja makan anda
Sedikit helah ringkas akan berikan nafas baharu untuk meja anda. Pilihan tanpa selerak paling mudah adalah alas meja baharu. Menukar set kerusi dengan yang tidak sepadan adalah perubahan gaya yang mudah.
Apa yang kami gunakan: Untuk dapur ini kami fokus pada fungsi dan gaya. Dari segi fungsi, kami maksudkan rel dinding yang lapangkan ruang kerja, pilihan mengitar semula yang lebih pintar dan storan tambahan. Dari segi gaya, kami pilih rupa monokrom dengan barang hiasan seperti fabrik meter, bingkai berbeza, poster dan kerusi.
Penulis: Anna Blom
Sumber dan foto IKEA  http://hias.my/idea-ruang-dapur-kecil/
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!