Dalca Kacang Kuda Mamak Maidin

Resipi ini istimewa buat mereka yang menyukai kuah dalca. Selain resipinya yang mudah dicuba, resipi ini sangat sedap dan sesuai dihidangkan bersama capati, roti canai dan boleh juga dipelbagaikan santapannya mengikut kesukaan anda.

Bahan
500 gm kacang dhal – rebus dengan serbuk kunyit
1 tin kacang kuda
1 labu bawang besar – cincang
3 tangkai cilli merah – cincang
3 biji tomato – cincang
2 cm halia – kisar
3 tangkai cili kering – potong dua
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk garam masala
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
4 tangkai daun ketumbar – mayang halus
4 sudu besar minyak sapi
Sedikit lada putih
Minyak untuk menumis
Garam

Bahan Tumis Darat
4 cm kulit kayu manis
Sedikit buah pelaga
Sedikit bunga lawang
Sedikit bunga cengkih
Sedikit halba campur
Sedikit daun kari

Cara Penyediaan
1. Panaskan minyak, tumis bawang besar, cili merah, serbuk kunyit, cili kering, tomato dan halia hingga garing.
2. Masukkan serbuk ketumbar, garam masala dan jintan manis. Kacau hingga sebati.
3. Sementara itu, kisar separuh kacang dhal sehingga halus dengan sedikit air menggunakan alat pengisar. Sebahagian lagi ketepikan.
4. Kemudian masukan kisaran kacang dhal berserta sebahagian kacang dhal yang belum dikisar dengan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
5. Kemudian masukkan dua tin kacang kuda berserta airnya. Kacau rata dan masak sehingga kuah pekat. Tabur hirisan daun ketumbar kacau rata. Kecilkan api dan biarkan seketika.
6. Di kuali lain, cairkan minyak sapi dan tumiskan bahan tumis darat sehingga naik bau.
7. Kemudian tuangkan bahan tumis darat ke dalam periuk kacang dhal, kacau hingga sebati. Perasakan dengan garam secukup rasa.
8. Setelah masak, bolehlah dihidangkan dengan capati.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!