Disney Animation Di ArtScience Museum, Singapura 26 Oktober Ini

Snow White and the Seven Dwarfs (1937), The Lion King (1994), Frozen (2013), Zootopia (2016) dan Moana (2016) adalah antara filem sentuhan Walt Disney yang cukup mendapat sambutan luar biasa daripada para penonton di seluruh dunia. Bukan kanak-kanak saja yang terpesona, malah orang dewasa pun tidak ketinggalan menjadi peminat setia karya animasi Disney.

Buat peminat-peminat Disney, jom nikmati sentuhan magis Walt Disney Animation Studio di Disney: Magic of Animation bertempat di ArtScience Museum, Singapura bermula pada 26 Oktober ini. Gunakan peluang ini untuk melihat dengan lebih dekat ‘keajaiban’ Disney Animation yang telah ‘menemani’ kita selama 90 tahun.

Big Hero 6, 2014, Concept art, Paul Felix © Disney

Disney: Magic of Animation hadir di Asia Tenggara untuk pertama kali dan turut menampilkan lebih dari 500 karya yang luar biasa, termasuk lukisan asal, sketches dan konsep seni yang dimiliki oleh Walt Disney Animation Research Library.

Selain itu, pameran ini juga menampilkan interaktif audio-visual serta tampilan menarik lainnya yang mampu membawa pengunjung ‘masuk’ ke dunia filem Disney dan juga pilihan aktiviti yang cukup mengujakan.

Pinocchio, 1940, Concept art, Gustaf Tenggren © Disney

Hadir dalam lima bahagian, pameran ini dimulai dengan Creating Believable Characters: Bringing Drawings to Life yang mengungkapkan bagaimana para animator Disney mengelola teknik animasi. Para pengunjung akan melihat keseluruhan proses bagaimana karakter-karakter kesayangan mereka sejak kecil ini diciptakan mulai dari ilustrasi dua dimensi, hingga mempelajari bagaimana cara animator menggunakan teknik inovatif untuk memberikan kesan animasi yang sempurna.

The Lion King, 1994, Concept art, Kelvin Yasuda © Disney

The Magic Begins: Continual Research and Development merupakan galeri kedua yang akan menjelaskan lebih mendalam berkaitan konsep karya seni, sketsa dan tampilan daripada alat-alat revolusi yang dikembangkan di Disney Animation, juga kamera multiplane.

Galeri ketiga, Producers of Magic: Creating Diversity in Expression and a Wider World adalah untuk memperingati para animator berbakat Disney yang telah menghasilkan pelbagai variasi filem dengan gaya artistik yang begitu mengagumkan.

Towards New Dimensions: Digital Advances, Musical Seas,  pula menampilkan karya seni dari filem bombastik, antaranya The Little Mermaid (1989), Beauty and the Beast (1991), The Lion King (1994), Pocahontas (1995), Mulan (1998) dan Tarzan (1999), dilengkapi dengan soundtrack yang berkesan. Ia turut menampilkan beberapa filem animasi lain seperti Wreck-It Ralph (2012), Frozen (2013), Big Hero 6 (2014) dan Moana (2016).

Bahagian terakhir, Bringing People Together: Social Diversity, Messages for Our Global Future menyampaikan kata-kata yang mampu memberi impak dalam membangun nilai sosial, seperti pentingnya ikatan keluarga, perbezaan budaya dan menghargai alam sekitar.

Frozen 2, 2019, Concept art, Lisa Keene © Disney

Disney: Magic of Animation akan berlangsung dari 26 Oktober 2019 hingga 29 Mac 2020. Tiket boleh dibeli di semua box office dan website Marina Bay Sands. Harga tiket dewasa ialah RM58 (SDG19 – warga asing) dan RM49 (SDG16 – warga tempatan), manakala kanak-kanak (2-12 tahun) dan warga emas (65 tahun ke atas) ialah RM43 (SDG14 – warga asing) dan RM36 (SDG12 – warga tempatan).

Anda juga boleh mendapatkan tiket bagi Pakej Keluarga (2 dewasa, 2 kanak-kanak) iaitu berharga RM164 (SDG54 – warga asing) dan RM137 (SDG45 – warga tempatan).

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!