Dive Bahrain Taman Tema Dasar Laut Terbesar Dunia

Dive Bahrain, taman tema dasar laut terbesar di dunia yang merangkumi kawasan seluas 100,000m, lengkap dengan sebuah pesawat Boeing 747 yang ditenggelamkan, kini dibuka untuk penggemar-penggemar aktiviti menyelam.

Tapak tersebut yang berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Bahrain, mempunyai sebuah pesawat Boeing 747 sepanjang 70 meter yang tidak lagi berfungsi merupakan pesawat terbesar yang pernah ditenggelamkan dengan sengaja.

Kredit foto: gulfnews.com

Projek bertaraf dunia itu dibangunkan dengan kerjasama antara Lembaga Pelancongan dan Pameran Bahrain (BTEA) dan Majlis Tertinggi Alam Sekitar (SCE). Dive Bahrain bertujuan untuk memberi peluang kepada pelawat-pelawat untuk menikmati pengalaman menyelam yang unik dalam kawasan yang luas.

Selain Boeing 747, taman tema dasar laut yang baru dibuka itu akan menampilkan sebuah replika rumah peniaga mutiara tradisional Bahrain, yang diselia oleh Diyar Al Muharraq. Terdapat juga terumbu karang buatan dan arca-arca lain yang akan difabrikasi dan ditenggelamkan bagi menyediakan tempat perlindungan yang selamat untuk pertumbuhan terumbu karang, selain memastikan kelestarian habitat hidupan marin.

Kredit foto: constructionweekonline.com

Taman mesra alam itu juga akan menyediakan sumber maklumat yang kaya berkenaan ekologi marin, dan akan meningkatkan kesedaran alam sekitar tentang kepentingan memelihara hidupan marin. Taman tema tersebut membentuk sebahagian daripada strategi BTEA untuk meningkatkan pelancongan dan mempromosikan lagi sektor penting ini dengan lebih memanfaatkan aset-aset semula jadi kerajaan.

Taman itu dijangka akan memperoleh pengiktirafan global dan menjadi tarikan pelancong antarabangsa, memandangkan saiz dan lokasinya serta pengalaman unik akan ditawarkan kepada para pelancong dan penggemar-penggemar aktiviti menyelam.

Sejak kejayaan penenggelamannya, penyelam-penyelam profesional dari pusat-pusat menyelam berdaftar telah menjalankan pemeriksaan berkala terhadap pesawat penumpang tersebut bagi memastikan keselamatan taman tersebut untuk kedua-dua penyelam profesional dan rekreasi.

Kredit foto: divebahrain.com

Projek mesra alam tersebut akan menyaksikan Bahrain muncul sebagai penggiat utama dalam bidang ekopelancongan dan pemeliharaan hidupan marin dengan menggabungkan piawaian alam sekitar antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut atau menempah pengalaman menyelam dasar laut anda yang seterusnya, sila layari: www.divebahrain.com. Laman web ini meletakkan senarai pusat-pusat menyelam yang berdaftar, dan telah dibangunkan untuk menyediakan kepada pelawat satu panduan untuk ke taman tema dasar laut itu.

Kredit main foto: theaviationgeekclub.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!