Festival Kesenian Balik Pulau 2019 Gegarkan Pulau Pinang

Bahang kemeriahan Festival Kesenian Balik Pulau 2019 yang bakal berlangsung pada Jumaat, 19 hingga 21 Julai ini kian terasa. Pelbagai acara menarik telah diaturkan sepanjang tiga hari festival ini  bertempat di Kompleks Sukan Balik Pulau, Pulau Pinang bermula pukul 9.00 pagi hingga 11.00 malam.

Majlis perasmian festival ini bakal disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama (Dr.) Haji Abdul Rahman Haji Abbas. Kemeriahan festival juga akan ‘digegarkan’ dengan kemunculan artis-artis tanah air antaranya Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Baby Shima, Caprice dan kumpulan Floor 88.

Terdapat pelbagai acara menarik menanti pengunjung ke festival ini, antaranya Pameran Jawi Peranakan, Pertandingan Makan Durian Terpantas, Pertandingan Badang Durian, Pertandingan Rampaian Tradisional, iRun Balik Pulau, Jihad In Education bersama Caprice, Program dan Bengkel Mural, Pameran P.Ramlee – Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Malam Kesenian dan Animation Planet.

Jangan lepaskan peluang menonton Konsert Amal Orkestra Tradisional Malaysia bersama Siti Nurhaliza . Turut serta bersama selebriti tempatan ialah Asmidar, Rojer & Azmir Arif.
Anda penggemar durian? Jom sertai Pertandingan Makan Durian Terpantas dan menangi wang tunai sejumlah RM100.00+ hamper.
Sertai pertandingan iRun Balik Pulau.
Jangan lepaskan peluang berjumpa dengan karakter animasi terkemuka ni. Tiket boleh didapati di Kaunter Tiket Kompleks Sukan Balik Pulau pada 19 hingga 21 Julai 2019.

Jadi, apa tunggu lagi, gunakan peluang keemasan ini untuk berkunjung ke Balik Pulau, Pulau Pinang untuk menyaksikan dan mempelajari tentang keseniaan negeri indah ini. Sambil itu, boleh lah anda menikmati pelbagai hidangan atau menu wajib di Pulau Pinang seperti pasembor, laksa, nasi kandar, char kuey teow, mi udang dan banyak lagi!

Maklumat lanjut mengenai Festival Kesenian Balik Pulau 2019, boleh layari laman Facebook: Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!