Fettucini Oglio Olio Untuk Si Kecil. 4 Langkah Mudah Masak.

Hidangan yang sangat simple dan senang dimasak. Anak-anak pasti suka. Tidak pedas dan sesuai dijadikan hidangan minum petang. Untuk ibu-ibu di rumah kena try ya…!

FETTUCINI OGLIO OLIO

BAHAN
1 paket pasta fettucini – rebus lembut
500 gm udang sederhana besar – buang kulit
2 ulas bawang putih – cincang halus
5 tangkai  daun parseli – cincang kasar
3 sudu besar mentega
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu besar jus lemon
1 kiub ayam
Garam secukup rasa

CARA PENYEDIAAN :

1.Cairkan mentega di dalam kuali dan tumiskan bawang putih.

2. Kemudian masukkan udang. Goreng hingga udang bertukar warna.

3. Perisakan dengan perahan jus lemon, kiub ayam, sedikit serbuk lada putih dan juga garam. Kacau rata.

 4. Akhir sekali masukkan fettucini dan daun  parseli. Gaul sebati. Setelah masak, angkat dan hidangkan.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!