Garam ‘Si Raja Masin’, Apa Rahsia Di Sebaliknya?

Garam merupakan sejenis mineral yang menjadi penambah perisa dalam masakan dan digunakan sebagai bahan pengawet. Amalkan memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali ketika minum atau makan, bertujuan untuk menggalakkan setiap makanan seperti protein akan dicerna dan diurai kepada beberapa jenis asid amino dan enzim tertentu lalu di pam menerusi sistem pembersihan buah pinggang.

JENIS GARAM

  • GARAM PUTIH – Garam yang biasa digunakan dalam masakan seharian, namun proses kimia yang dilalui menyebabkan ianya tidak sesuai dengan tubuh manusia.
  • GARAM LAUT- Garam laut pula berwarna kelabu dan dikeringkan menerusi proses evaporasi cahaya matahari untuk mendapatkan kristal. Hasilnya, ia hampir 100 peratus asli dan lebih baik daripada garam putih.
  • GARAM BUKIT- Berasal dari pergunungan dan berwarna kemerahan. Garam ini adalah 100 peratus asli dan hampir tidak diproses. Menurut kajian, garam bukit adalah yang terbaik untuk manusia. Ia mengandungi pelbagai mineral yang diperlukan tubuh.
Kredit Foto  : marniwasserman.com

Pesan Opah Tentang Garam 

MENGUBATI GOUT- Ambil garam kasar dan goreng seketika di atas kuali. Sapukan di tempat  sakit semasa garam masih panas. Paling senang, pergi ke pantai dan rendamkan badan di dalam pasir laut.

HILANGKAN KOTORAN KERANG- Rendam kerang bersama garam bagi meneutralkan kotoran kerang. Mudahkan.

MELEGAKAN KEPENATAN- Amalkan minum air sejuk yang di campur dengan garam bagi melegakan kepenatan.

KURANGKAN RASA MASIN IKAN MASIN- Rendam ikan masin di dalam air garam. Bilas sehingga bersih.

MERAWAT CIRIT-BIRIT- Minum air yang di campur sedikit garam bagi melegakan perut yang memulas.

MABUK PERJALANAN- Jika sering mabuk ketika naik kenderaan, amalkan minum air yang di campur  garam dan madu sebelum memulakan perjalanan. InshaAllah mabuk akan beransur hilang.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!