Guna Bahan Masak Pun Boleh Cantik

Cantik tidak semestinya  hanya perlu memakai kosmetik mahal. Bermodalkan kerajinan dan masa, anda mampu mengekalkan kecantikan dengan memanfaatkan bahan yang mudah didapati di dapur.

Melakukan rutin bagi mengekalkan kecantikan wajah kadangkala tidak memerlukan belanja yang banyak.  Dengan petua dan amalan dahulu kala bahan di dapur juga boleh digunakan untuk mendapatkan kulit yang cantik dan berseri serta diyakini selamat.

Berikut beberapa bahan makanan yang pasti sentiasa ada di dapur anda sebagai petua kecantikan yang boleh diamalkan untuk mengekalkan kulit yang cantik.

Pisang

Selain membantu melancarkan sistem pencernaan, pisang juga amat baik sebagai petua mengurangkan jerawat. Caranya: Hanya hancurkan pisang dan jadikan masker secara rutin. Hasilnya:  Kulit lebih licin dan berseri.

kredit foto:cdn0.woolworths.media

Madu

Baik diminum atau dijadikan pupur, madu memberikan kesan yang baik untuk kulit. Caranya: Jadikan madu sebagai masker. Biarkan seketika dan bilas dengan air suam. Hasilnya:  Jerawat akan cepat kering dan tidak berbekas.

 

Kentang

Kentang boleh membantu anda memiliki kulit cantik apabila dijadikan pupur. Caranya: parut kentang atau hiris nipis kemudian letakkan pada wajah sebagai masker. Lakukan rutin ini sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk hasil yang maksimum. Hasilnya: Efektif untuk menghapuskan noda hitam akibat penuaan dan bekas jerawat.

kredit foto: https:images-amazon.com

Gula kabung

Masker gula kabung dikatakan efektif untuk mengecilkan pori-pori dan menghaluskan kulit wajah. Caranya: Campur gula kabung yang disagat halus dengan minyak zaitun atau madu dan sapukan pada wajah. Lakukan secara rutin. Hasilnya: Wajah berseri dan kulit tegang persis remaja. 

kredit foto: https: 1.bp.blogspot.com

Kopi

Kopi juga antara petua menghilangkan kedutan di wajah. Caranya: Hampas kopi yang ditapis jangan dibuang. Urut seperti lulur pada wajah secara perlahan. Hasilnya: Kulit lebih halus, mengurangkan kedutan dan menjadikan wajah lebih segar.

Teh

Uncang teh jangan dibuang, sebaliknya jadikan masker pada mata. Wajib keluarkan uncang daripada teko sebelum memasukkan gula ke dalam air minuman anda. Caranya:  Letak uncang pada kedua -dua belah mata. Biarkan seketika. Hasilnya: Hilangkan lingkaran hitam serta membuat mata lebih rileks dan tidak sembab.

Selamat mencuba.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!