Hati Terpikat Kebiruan Bandar Chefchaouen

📷: dailymorocco.com

Umpama kota “The Smurfs” yang memukau..!! Ini lah keindahan Chefchaouen, salah sebuah tempat menarik yang terletak di barat laut Morocco. Tiada siapa yang tahu secara jelas bagaimana kota hebat ini bermandikan rona biru.

Mengikut apa yangg diperkatakan penduduknya, rona biru ini umpama warna spiritual bagi umat Islam dan yahudi. Tidak kurang, ada juga yang berpendapat ia sebagai menghormati kebiruan air dari pergunungan yang membentuk landskap di kawasan tersebut. Malah ada juga yang mengatakan warna biru bertujuan menghalau nyamuk..!!

📷: moroccotravelland.com

Menariknya, penduduk di Chefchaouen saling memelihara warna kota ini dan tidak lokek tenaga untuk mengecat semula bangunan agar ia sentiasa kelihatan membiru. Hebat bukan…

📷: expertragabond.com
📷: media.com
📷: worldmads.com

Walau apa pun jalan ceritanya, landskap keindahan Chefchaouen yang bersuhu sejuk ini nyata berbeza berbanding tempat percutian lain di Morocco. Lokasinya berdekatan Atlas Mountains, Ait Ben Haddou dan Ourika Valley.

Meski terletak agak jauh, pelancong sanggup datang ke sini dengan menaiki pengangkutan awam atau menyewa kereta, semata-mata untuk merakam pemandangan unik ini. Selain bergambar, jangan lepaskan peluang untuk melawat Plaza Uta el-Hammam, Masjid Besar dan Kasbah Chefchaouen. Cukup berbaloi!!