‘HealthyRicestyle’, Pameran Gaya Hidup Sihat Dengan Beras Jasmine

Bagi menangani isu yang berkaitan dengan penggunaan beras, Jasmine Food Corporation (Jasmine) Sdn Bhd melancarkan salah satu pameran beras yang paling dinanti-nantikan di Malaysia, “HealthyRicestyle,” yang dijadualkan berlangsung mulai 9 hingga 13 Oktober 2019.

Pameran tahunan ini bertujuan untuk menggamit perhatian orang ramai terhadap faedah beras, sebagai bahan makanan untuk tenaga, sifat-sifat anti-kencing manis, dan cara yang cekap untuk menghilangkan lemak berlebihan.

Aktiviti-aktiviti pameran yang ditonjolkan termasuk pertunjukan memasak nasi istimewa yang mengundang Cef Selebriti Fami daripada KDU & Cef Jaafar Onn, ceramah berkaitan kesihatan oleh PDN & Tung Shin Hospital serta pemeriksaan kesihatan asas percuma oleh Tung Shin Hospital.

Beras Basmati Istimewa Jasmine bakal tonjolkan gaya hidup sihat terkini Malaysia.

“Contohnya, beras basmati istimewa mendapat permintaan yang lebih tinggi disebabkan oleh faedah-faedah kesihatannya melibatkan skor glisemik (GI) yang rendah, kalori rendah, tanpa kolesterol dan tinggi dengan mineral serta vitamin,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Jasmine Food Corporation, Lim Swee Keat.

Dengan rasa seakan-akan pandan yang berbeza, beras basmati kaya dengan mineral dapat memberikan anda sistem kardiovaskular yang sihat. Beras panjang ini juga bebas gluten dan rendah lemak, yang dapat membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan menambah baik tahap kolesterol.

“Jasmine Food telah berusaha membangunkan beras yang sihat dan enak seperti beras basmati. Kami memastikan pengguna berasa yakin bahawa setiap kali mereka memakan nasi, mereka dapat menikmati nasi dengan rasa dan aroma yang unggul. Dua variasi beras basmati dipilih khas ditonjolkan di acara HealthyRicestyle Jasmine Food, termasuk Jasmine Royal PusaGold dan PusaCream.

“Melalui HealthyRicestyle, kami yakin dapat mempengaruhi audiens yang lebih luas, dengan pengetahuan lebih mendalam tentang tabiat dan pilihan pemakanan yang sihat, sambil memberi contoh-contoh bagaimana untuk mengaplikasikan gaya hidup sihat yang baharu dan menyeronokkan,” tambah Lim.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!