HIDANGAN ATAS CONGKAK DI TANAH AINA CAFE

Persekitaran Tanah Aina Cafe by Farhana’s Oven yang terasing daripada hiruk-pikuk kota menjadi tarikan utama buat mereka yang mendambakan suasana tenang dan selesa. Sama seperti resort dan pusat peranginan kendalian Tanah Aina, kafe yang terletak di Taman Mesra Batu Tiga, Shah Alam ini turut menjadikan perabot berunsurkan kayu dan hiasan pepohon hijau sebagai dekorasi pilihan.

Nasi Goreng Tanah Aina.

Mula dibuka sejak awal Januari 2015, kafe ini mempunyai persembahan hidangan yang cukup menarik di mana hidangan seperti Nasi Goreng Tanah Aina dihidangkan di dalam bekas lesung batu dan Congkak Tea for Two dihias cantik di atas bongkah congkak! Memang cukup unik dan berbeza.

Tidak hanya terkenal dengan produk biskut Farhana’s Oven, kebanyakan pelanggan berkunjung ke kafe ini terpikat dengan kemewahan cita rasa hidangannya.

Istimewanya, penyediaan makanan di sini hanya menggunakan ramuan berkualiti digunakan untuk setiap sajian. Ia juga bebas daripada pewarna tiruan, bahan pengawet dan monosodiom glutamate(MSG).

Antara menu popular di Tanah Aina Cafe yang wajib anda cuba ialah Nasi Goreng, Nasi Lemak, Mi Kari, Fettucine Carbonara, Aglio Olio, Spaghetti Bolognese, Cucur Udang dan banyak lagi.

Jangan ketinggalan untuk mencuba Congkak Tea for Two iaitu set pemanis mulut yang dihidangkan bersama minuman teh atau Pistachio Yummies kopi serta variasi kek dan biskut rangup.

Lokasi: No. 1 & 2, Jalan Mesra Batu 3, Shah Alam, Selangor.

No. Telefon: 03-5524 3258

Buka: Setiap hari kecuali Isnin (8.00 pagi hingga 11.00 malam)

Kredit foto: www.tanahaina.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!