Hilangkan sakit gigi dengan bahan dari dapur

AIR GARAM

Ambil satu sudu kecil garam dan larutkan ke dalam satu cawan air panas.  Biarkan sehingga suam dan kumur selama 30 saat. Teknik mouthwash ini akan membunuh kesakitan.  Air garam akan membersihkan sekitar kawasan gigi dan juga membantu mengurangkan bengkak pada gusi.

CENGKIH

Gigit sebiji atau dua biji cengkih (ikut keselesaan dan tahap kesakitan anda) pada tempat yang sakit.  Boleh juga tumbuk cengkih dan isi ke dalam gigi yang berlubang, ianya berkesan sebagai ubat ‘bius’ untuk hilangkan sakit.

BAWANG PUTIH

Bawang juga mampu memberi kelegaan dari kesakitan dengan membunuh kuman penyebab infeksi.  Jika anda mula rasa sakit gigi, kunyah bawang mentah selama beberapa minit untuk mengurangkan kesakitan.  Jika tidak mampu kunyah, ambil sedikit hirisan bawang dan letakkan pada gigi rosak atau gusi yang sakit.  Biarkan seketika dan anda boleh rasai keberkesanannya.

GARAM & LADA HITAM

Campuran ini berguna untuk gigi yang menjadi sangat sensitif kerana kedua-dua bahan ini berfungsi sebagai antibakteria, anti-radang dan pelali.  Campur garam dan lada hitam dalam kuantiti yang sama dengan beberapa titik air untuk menjadi pes.  Letakkan bahan ini pada gigi yang sakit dan biarkan beberapa minit.  Ulang setiap hari sehingga rasa sakit berkurangan.

 TEH

Teh hitam yang pekat dipercayai dapat membantu hilangkan sakit dengan mengurangkan bengkak.  Manakala teh pudina sesuai digunakan untuk berkumur.  Selain itu, anda juga boleh gunakan uncang teh yang suam untuk dituamkan pada gigi yang sakit itu untuk kelegaan, sementara membuat temujanji dengan doktor.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!