Ingin Menukar Tiket Penerbangan Air Asia? Ikuti 7 Langkah Ini!

Sekiranya anda terpaksa membatal atau menunda tarikh penerbangan disebabkan ada hal yang mendesak, apa yang akan anda lakukan? Pastinya anda akan membiarkan tiket itu hangus begitu sahaja bukan?

Tahukah anda, sebenarnya anda boleh menukar tarikh penerbangan hanya melalui dalam talian (online) sahaja.

Sayangnya, ramai di kalangan kita membiarkan tiket luput begitu sahaja jika tarikh yang dijadualkan untuk bertolak terpaksa ditunda disebabkan tidak tahu cara untuk menukar tiket flight, kemudian membeli pula tiket baharu. Sudahlah tiket flight mahal, tak ke rugi kan? Ada caranya, yang ramai tidak tahu. Oleh itu jangan biarkan tiket anda lupus begitu sahaja. Rugi tau..!

Anda hanya perlu tukar tarikh penerbangan, secara dalam talian. Syaratnya anda perlu ada akaun Airasia dan anda boleh uruskan tempahan tiket penerbangan anda itu. Jika anda tiada akaun Airasia, jangan bimbang. Anda boleh saja tukar tiket di kaunter lapangan terbang atau boleh berurusan dengan ejen tiket.

Bagaimanakah caranya? Mudah sahaja!

LANGKAH 1

Daftar Masuk Akaun Air Asia, klik MANAGE BOOKING. Kemudian Klik EDIT ITINERARY dan pilih CHANGE/UPGRADE FLIGHT atau SPLIT BOOKING.

Seperti contoh situasi ini iaitu, anda ingin menukar tarikh penerbangan. Jadi anda hanya perlu klik pada CHANGE/UPGRADE FLIGHT sahaja.

LANGKAH 2

Jika anda mahu menaiki penerbangan dalam masa 48 jam dan mahu tukar tarikh, akan keluar tulisan berwarna merah seperti yang ditunjukkan.

Jika tulisan yang berwarna merah keluar bermaksud anda tidak boleh menukar secara dalam talian. Anda perlu pergi ke kaunter untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bayaran. Dalam situasi ini, jika anda mahu menukar tarikh penerbangan mungkin masih tidak ada masalah. Anda hanya perlu tanda pada CHANGE TRAVEL DATE dan tukar tarikh seperti yang anda mahu seperti di dalam gambar. Kemudian tekan NEXT.

LANGKAH 3

Selepas anda menekan NEXT, paparan seperti di bawah akan keluar. Oleh kerana tarikh yang hendak ditukar itu hanya mempunyai satu pilihan sahaja, sebagai contoh Singapore > Miri, jadi anda perlu klik penerbangan tersebut dan terus klik CONTINUE.

LANGKAH 4

Terdapat paparan ruangan membeli makanan, tempat duduk, insurans, hotel atau sebarang penambahan lain.

Jika anda mahu membuat sebarang penambahan, boleh klik ADD. Jika tiada tekan sahaja NEXT sehinggalah paparan seterusnya iaitu BAYARAN.

LANGKAH 5

Bayaran tempahan anda sebelum ini adalah RM318.90. Selepas anda membuat penukaran, (selepas di campur, tolak, darab dan bahagi) saya perlu membayar RM139.62 sahaja.

LANGKAH 6

Seterusnya anda hendaklah membuat PENGESAHAN penerbangan anda. Sila semak dengan teliti semua butiran dan jika anda berpuas hati dengan terma dan syarat, pilih kaedah untuk membuat pembayaran.

LANGKAH 7

Urusan anda selesai dan transaksi anda telah berjaya. Anda dah boleh tersenyum.

Jika kita tidak tahu bahawa kita boleh menukar tiket secara online, kita memang rugi kerana membiarkan tiket luput begitu sahaja. Contoh yang diberikan menunjukkan tiket bertarikh 23 haribulan berharga RM260.06. Apabila dibuat pertukaran tarikh, anda hanya perlu membuat penambah sebanyak RM139.62 sahaja. Ini bermakna tiket sebelum ini yang berharga RM189.00 luput begitu sahaja dan kita bagi percuma pada Air Asia.

Bukan senang nak dapatkan duit jadi jangan buang begitu sahaja dengan membeli tiket baharu. Jika harga yang perlu dibayar semasa membuat pertukaran lebih murah dari beli baharu, elok ditukar, jika mahal, pilihan di tangan anda sama ada hendak tukar atau beli baharu.

Kredit Foto Utama: Skytrax Air Asia

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!