INSPI (RED), Burger Baru Hidangan AirAsia.

Air Asia kini memperkenalkan hidangan terbarunya dalam menu Santan, Burger INSPI (RED) yang boleh didapati dalam penerbangan ke semua destinasinya bermula Julai ini.

Hidangan yang diolah oleh Chef selebiriti, Hong Thaimee dihasil dengan kerjasama penyumbang kepada Dana Global dalam usaha menyokong program perjuangan memerangi HIV/AIDS.

Menurut Hong selaku Duta Chef (RED), dia hanya mengambil masa lima minit untuk mencipta resipi burger yang menggabungkan keunikan citarasa timur (perisa Thai) dan barat (burger klasik Amerika).

Tambahnya, sejak memulakan langkah dalam bidang kulinari, misi dan matlamatnya adalah untuk membawa citarasa Thailand terutama daripada tempat kelahirannya, Chiang Mai kepada khalayak ramai. Apabila ditawarkan oleh Air Asia untuk bekerjasama, dia lantas bersetuju dan menganggap inilah masanya untuk dia merealisasikan impian tersebut.

“Diharapkan, hidangan ini dapat diterima baik dan dinikmati semua terutama lapan juta penumpang yang terbang bersama Air Asia setiap bulan,” katanya sewaktu majlis pelancaran di Bangkok baru-baru ini.

Burger INSPI (RED) yang didatangkan bersama minuman percuma boleh didapati pada harga promosi RM10 menerusi pra tempahan di laman web airasia.com, manakala RM12 untuk pembelian di dalam penerbangan ke semua destinasi.

Sebanyak 10 peratus daripada hasil jualannya akan disumbangkan terus kepada Dana Global bagi menampung kos ujian, kaunseling, rawatan dan program pencegahan AIDS di rantau ASEAN.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!