Jom Beraya Dalam Suasana Kampung di The Curve

Kini kita sudah berada di pertengahan bulan Ramadan dan tak lama lagi Syawal akan menjelang tiba. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sudah tentu kita mengharapkan agar Ramadan tahun ini sebagai yang terbaik berbanding sebelumnya. Begitu juga dengan hari raya, sudah pasti kita mengharapkan agar sambutannya lebih meriah berbanding sebelumnya.

Sebut pasal hari raya, setiap orang pasti ada menyimpan memori indah ketika beraya, lebih-lebih lagi kenangan beraya di kampung sewaktu zaman kanak-kanak dulu, seronok bukan! Feel beraya di kampung memang lain macam seronoknya, tak sama macam suasana beraya di bandar.

Kali ini admin nak bawa anda semua merasai suasana beraya di kampung dalam bandar! Nak tahu di mana? Jom ke the Curve!

Kenangan Manisku imbau kenangan beraya di kampung

Konsep raya the Curve, Mutiara Damansara tahun ini paling awesome apabila menampilkan suasana beraya di kampung dengan bertemakan ‘Kenangan Manisku’. Suasananya membuatkan anda terkenang kembali suasana sewaktu zaman kanak-kanak beraya di kampung halaman.

Pameran yang telah bermula sejak 3 mei lalu akan berakhir pada 6 jun depan ini berlangsung di ruang legar di tengah-tengah pusat membeli belah The Curve.

Apa yang menariknya, ruang legarnya telah diubah suai dengan dihiasi latar belakang suasana kampung yang sangat unik. Dekorasi suasana kampung hasil ilham dari Penang street art ini begitu mengagumkan. Terasa seolah-olah berada dalam suasana sebenar kampung. Lakaran cat air di bahagian dinding rumah papan menjadikan ia nampak seakan-akan rumah kampung sebenar. Siap ada pokok dan basikal tua lagi. Bagi anda yang suka selfie atau bergambar pasti akan teruja.

Boleh cuba permainan tradisional lagi!

Haa… ini memang awesome! Anda turut berpeluang untuk mencuba main permainan tradisional seperti lompat getah, congkak, tarik upih dan lain-lain lagi.

Kalau tak tahu cara nak bermain, anda tak perlu risau kerana pihak The Curve ada menyediakan ilustrasi khas yang memaparkan cara permainan tersebut dimainkan, di samping ada staf yang akan membantu.

Menarik bukan? So, jangan lepaskan peluang ini, sambil seronok bermain anda juga boleh memperkenalkan kepada anak-anak dengan permainan nostalgia sewaktu anda kecil dulu. Sekurang-kurangnya mereka dapat mempelajari permainan tradisional lama.

Persembahan Muzikal Kenangan Manisku    

Mood raya anda pasti akan semakin membuak-buak kerana dihiburkan dengan persembahan Muzikal Kenangan Manisku pada setiap hujung minggu atau hari cuti umum.Bestnya lagi, selain persembahan muzikal anda turut dapat melihat suasana sebenar orang-orang kampung bergembira bermain permainan tradisional sambil sibuk membuat persiapan raya dengan diiringi dendangan lagu-lagu raya. Pastinya seronok!

Waktu Persembahan

Antara 3 Mei hingga 6 Jun 2019

Setiap hujung minggu (Sabtu & Ahad sahaja)

2.00 petang dan 5.00 petang

Ganjaran dan hadiah menarik menanti anda

Menariknya lagi, pengunjung bukan setakat berpeluang bermain permainan tradisional dan enjoy mendengar muzik, malah berpeluang menerima ganjaran dan hadiah apabila berbelanja di The Curve sepanjang bulan Ramadan. Untuk pembelian sebanyak RM480 ke atas dengan maksimum dua resit, anda berpeluang menebus Kole Air Nostalgia. Kole ni memang rare, bukan senang nak dapat tau.

Manakala untuk mereka yang berbelanja minimum RM180, anda boleh menebus satu set sampul raya eksklusif Kenangan Manisku daripada the Curve.

Dan bagi mereka yang membeli belah guna aplikasi Boost, jika berbelanja RM50, anda akan mendapat rebat segera RM10. Untung bukan!

Jadi, jangan lepaskan peluang untuk merasai pengalaman beraya dalam suasana kampung sepanjang Ramadan ini. Sambil bershopping boleh la layan perasaan throwback beraya di kampung.

 

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!