Jom Temui Elmo, Cookie Monster, Bert dan Ernie!

Berita baik untuk si cilik, peminat Sesame Street! Sempena ulang tahun ke 50, Sesame Street akan meraikan para peminatnya dengan sebuah sambutan eksklusif dan ekstravaganza dilengkapi pelbagai aktiviti, persembahan serta hadiah menarik.

Bermula 22 hingga 31 Mac, Centre Court, The Curve, Damansara, Selangor akan berubah wajah menjadi dunia permainan kanak-kanak yang penuh meriangkan!

Si kecil berpeluang bermain inflatable playland Sesame Street yang pertama di Malaysia dan bertemu karakter Sesame Street seperti Elmo, Cookie Monster, Bert dan Ernie. Jangan lepaskan peluang berswafoto bersama watak comel ini!

Terdapat juga beberapa lagi aktiviti menarik yang disediakan seperti mewarna, teka-teki carian perkataan dan memburu harta karun. Pengunjung juga berpeluang menyaksikan persembahan tarian istimewa daripada Elmo, Cookie Monster, Bert dan Ernie! 

Masih banyak lagi ganjaran menanti anda! Peminat Sesame Street boleh memiliki barangan istimewa Sesame Street seperti bekas makanan, set alat tulis dan beg galas yang boleh dibeli di Centre Court sepanjang promosi ini berlangsung.

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!