Juadah Hidangan Daging Memikat Selera

PASTA BEBOLA DAGING

BAHAN
250 gm pasta – rebus
1/3 tin tomato puri
1 sudu kecil herba campuran
3 ketul bebola daging
Sedikit minyak zaitun
Garam

BAHAN KISAR
1 biji tomato
½ batang saderi
½ batang lobak merah
1 ulas bawang Holland

CARA

  1. Panaskan minyak zaitun, tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  2. Kemudian letak tomato puri dan herba campuran. Sebatikan rasa garam dan gaul rata.
  3. Masukkan pasta dan bebola daging ke dalam pinggan. Tuangkan kuah di atas spageti. Hidangkan.

BEGEDIL DAGING

BAHAN
1 kg kentang – rebus sehingga empuk
350 gm daging kisar
3 ulas bawang merah – goreng dan tumbuk halus
3 ulas bawang putih – tumbuk
3 tangkai daun sup – hiris halus
2 biji telur
1 kiub pati ayam
Minyak masak
Garam

CARA

  1. Lenyek kentang sehingga lumat. Masukkan daging kisar, bawang merah goreng, bawang putih, daun sup, telur, kiub pati ayam dan garam secukup rasa. Gaul sebati.
  2. Ambil sedikit adunan, bentukkan seperti bebola dan leperkan sedikit. Ulang proses sehingga habis.
  3. Di dalam bekas yang berasingan, pecahkan telur dan pukul seketika.
  4. Salutkan bebola begedil ke dalam bancuhan telur dan goreng dalam minyak panas sehingga keperangan.

MI KERING SUP TULANG

BAHAN
1 keping mi kering
300 gm tulang lembu – rebus empuk
500 ml air rebusan daging
2 biji tomato
1 batang saderi
3 ulas bawang merah
4 cm kayu manis
2 kuntum bunga cengkih
1 biji buah pelaga
3 kuntum bunga lawang
2 tangkai daun sup
2 sudu besar minyak masak
Sedikit bawang goreng
Sedikit lada sulah
Garam

BAHAN KISAR
50 gm bawang merah
50 gm bawang putih
50 gm halia

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis kayu manis, buah pelaga, bunga lawang dan bunga cengkih sehingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis sehingga mesra. Kemudian masukkan air rebusan daging bersama tulang.
  3. Sebatikan rasa dengan lada sulah dan garam, secukupnya. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan mi kering dan tomato. Gaul sebati.
  5. Angkat dan taburkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng dan hidangkan.

KERABU DAGING

BAHAN
300 gm daging rebus – hiris nipis

BAHAN HIRIS
4 ulas bawang merah
15 tangkai cili padi
5 tangkai daun ketumbar
30 gm tauge

BAHAN SAMBAL BELACAN
6 tangkai cili merah
4 cm belacan
1 sudu kecil gula
4 sudu besar jus limau nipis
Garam

CARA

  1. Satukan daging dengan  kesemua bahan hiris dan gaul rata. Ketepikan.
  2. SAMBAL BELACAN: Kisar cili merah, belacan dan gula sehingga halus. Masukkan perahan jus limau nipis dan garam.
  3. Gaulkan sambal belacan dengan daging dan sebatikan rasa.

CARBONARA DAGING SALAI

BAHAN
250 gm pasta – rebus
6 keping hirisan daging salai
1 ulas bawang putih – cincang
250 ml krim masakan
50 ml susu penuh krim
10 gm keju parmesan
1 sudu kecil stok ayam
2 biji cendawan shiitake – hiris
6 batang cendawan shimeji – hiris
Sedikit lada hitam
Sedikit minyak zaitun

CARA

  1. Panaskan minyak, goreng daging salai sehingga garing dan ketepikan.
  2. Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih dan cendawan shitake serta shimeji sehingga layu.
  3. Masukkan krim masakan, susu penuh krim, keju parmesan, lada hitam dan stok ayam. Masak sehingga sebati.
  4. Tuangkan sos di atas spageti yang telah siap direbus. Kemudian taburkan hirisan daging salai di atasnya.

KEK BERLAUK DAGING

BAHAN LAPISAN BAWAH
350 gm tepung beras
250 ml santan
250ml air
Garam

BAHAN LAPISAN ATAS
200 gm daging – cincang kiub
1 labu bawang besar – cincang
1 batang cili merah – cincang/hiris
20 gm daun bawang – cincang
Sedikit garam
Sedikit lada hitam

CARA

  1. LAPISAN BAWAH : Campurkan ke semua bahan lapisan bawah ke dalam periuk  dan kacau di atas api sehingga adunan pekat.
  2. Tuangkan adunan ke dalam loyang berukuran 9×9. Ketepikan.
  3. LAPISAN ATAS : Masak daging tanpa minyak sehingga empuk. Biarkan seketika.
  4. Setelah sejuk, gaul sebati daging bersama bawang besar, daun bawang, garam dan lada hitam.
  5. Kemudian taburkan di atas adunan santan di dalam loyang. Kukus selama 20 minit.
  6. Setelah masak, potong empat segi dan sedia untuk dihidangkan.
 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!