Jualan Gudang Starbucks. Tawaran Sehingga 80% Menanti Anda!

Berita gembira buat anda yang suka mengumpul barangan keluaran Starbucks. Terbaru, Starbucks bakal mengadakan jualan gudang dengan menawarkan diskaun sehingga 80% terhadap barangan jenamanya.

Jualan gudang ini akan dianjurkan bermula 28 Jun hingga 30 Jun 2019. Bertempat di Event Hall 5, Tingkat 5, di The Starling Mall, Uptown Damansara. Acara ini akan berlangsung dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Pelbagai tawaran istimewa diberikan oleh Starbucks untuk merchandise seperti botol minuman, tumbler dan lain-lain. Menariknya, anda boleh ubah suai cawan atau tumbler yang anda beli  di gerai khas yang disediakan pada waktu-waktu tertentu.

Selain itu, sekiranya anda berbelanja sebanyak RM250 atau lebih dalam satu resit, anda berpeluang untuk menebus hadiah percuma dari Starbucks. Malah, terdapat slot ‘happy hour’ iaitu pada jam 11am-12pm / 2pm-3pm / 5pm-6pm / 8pm-9pm yang membolehkan anda mendapat rebat sebanyak RM10 serta-merta apabila berbelanja sebanyak RM200 dalam satu resit. Jika anda berbelanja sebanyak RM50 dalam satu resit, anda boleh mendapatkan baucar minuman Starbucks.

Jadi, tunggu apa lagi, rebutlah peluang ini sementara stok masih ada!

Kredit foto: Starbucks Malaysia

Sumber: thevocket.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!