JUS PEGAGA MADU LEMON

PAHIT PEGAGA ITU UBATNYA

Pegaga biarpun rasanya sedikit pahit, tetapi di sebalik kepahitan itu tersimpan pelbagai khasiat yang kita sendiri tidak pernah tahu. Pegaga atau nama saintifiknya centella asiatica, bukan sekadar ulaman semata-mata. Di negara Barat, pegaga dikomersialkan dalam dunia perubatan hari ini. Tahu akan keistimewaan pegaga dalam merawat kesihatan kulit, kami cuba jus Pegaga Madu Lemon. Jika diamalkan seminggu sekali, baik untuk kesihatan dalaman terutamanya bagi wanita.

KHASIAT PEGAGA

  1. Pegaga untuk merawat parut, tumbuk pegaga hingga lumat dan sapukan ke bahagian yang berparut. Lakukan sehingga parut hilang.
  2. Minum air rebusan pegaga, untuk merawat kerosakan kulit dan melancarkan peredaran darah.
  3. Makan berulamkan daun pegaga, menyerikan wajah dan awet muda.
  4. Pegaga bersifat antibakteria dan anti radang, mampu mempercepatkan pemulihan luka serta merawat tisu rosak dengan mudah.
  5. Amalan minum jus pegaga, boleh menyuburkan kulit dan kuku kerana ia menyokong pembentukan kolagen serta mengelakkan kulit kendur.

 

 

JUS PEGAGA MADU LEMON

BAHAN

  • 10 helai daun pegaga berserta akar
  • 1 sudu besar madu
  • 1 sudu besar lemon
  • 250 ml air
  • Ketulan ais

 

CARA PENYEDIAAN

  1. Kisar daun pegaga berserta akar dengan air hingga hancur. Tapis dan ambil air pegaga, tuangkan ke dalam gelas.
  2. Masukkan madu dan lemon. Kacau rata.
  3. Akhir sekali, masukkan ketulan ais atau jika suka boleh diminum suam.