KACANG BUNCIS TELUR MASIN

BAHAN

  • 200 gm kacang buncis
  • ½ sudu kecil lada putih
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 sudu besar tepung ubi
  • 1 biji putih telur
  • 1 biji telur masin – kukus ambil kuningnya dan hancurkan
  • 2 tangkai daun kari
  • 4 tangkai cili padi – ketuk
  • Garam

CARA PENYEDIAAN

Bersihkan kacang buncis. Kemudian gaul dengan garam, lada putih, kiub ayam dan telur putih.
Masukkan tepung ubi, gaul dengan kacang buncis sehingga sebati salutannya.
Goreng buncis hingga garing. Angkat dan tuskan.
Panaskan minyak, masukkan telur masin, daun kari dan cili padi.
Masukkan kacang buncis dan gaul rata.