Karya Seni Ginza Di Hotel Oriental Express Tokyo Ginza

Sebut saja Jepun pasti dalam minda kita terbayangkan kesibukan kota Tokyo, kereta api berkelajuan tinggi, tandas yang bersih, Giesha dan tahap disiplin masyarakatnya. Jepun sememangnya kaya dengan keindahannya, selain budaya unik sehingga menjadikan negara ini sering menjadi pilihan pelancong.

Tokyo misalnya cukup meriah dengan pelancong kerana mempunyai banyak pilihan lokasi menarik untuk dikunjungi. Bagi anda yang ingin meneroka budaya dan sejarah kuno Jepun, selain melihat keindahan kota metropolitannya, boleh menjadikan Ginza sebagai salah satu lokasi untuk dikunjungi.

Di sini terdapat beberapa galeri yang mempamerkan karya seni Jepun antaranya Galeri Shuukadou, Galeri Shibata Etsuko, Galeri Echo Ann dan Pola Museum Annex. Namun, jika tidak berkesempatan ke galeri ini, anda boleh menikmati karya seni Ginza dengan menginap di Hotel Oriental Express Tokyo Ginza.

Hotel yang dijadualkan dibuka pada 26 Julai ini, berkonsepkan ‘Hotel Galeri Seni’ membolehkan para tetamu mengalami penginapan luar biasa dalam suasana aneh dengan karya seni Ginza, yang terhasil daripada kerjasama dengan galeri-galeri seni di Ginza.

Hotel ini juga akan memberi peluang kepada artis-artis muda yang berbakat di Jepun untuk mengekspresikan karya seni mereka kepada tetamu-tetamu dari seluruh dunia.

Ciri-ciri Hotel

1. Alami bandar seni Ginza

Lobi dan bilik, yang bertemakan warna putih dengan serlahan warna perak atau dalam bahasa Jepun, “Gin” untuk “Ginza,” dihiasi dengan karya seni dinding yang dipilih dengan teliti yang mengekspresikan empat musim di Jepun.

Luas kawasan lobi adalah dua kali ganda lebih besar daripada ruang galeri, menampilkan karya seni yang indah daripada galeri-galeri yang bekerjasama di Ginza. Tetamu-tetamu hotel boleh membeli terus karya seni kegemaran mereka.

2. Reka bentuk seni dinding

Bahagian atas sebelah kiri: Bunga wisteria yang kembang penuh pada awal musim panas.
Bahagian atas sebelah kanan: Aktiviti mencedok ikan emas di festival musim panas; Bunga api terpantul pada permukaan air
Bahagian bawah sebelah kiri: Ais salji yang sedang melebur, menantikan musim bunga

Hidupkan Semula Deria Anda

Sarapan: Setiap hari, bufet sarapan pagi menawarkan lima jenis sup bermusim. Cef akan menyajikan sarapan yang ringkas namun berkhasiat. Supnya juga boleh dinikmati di mana-mana, agar para tetamu dapat menikmati sarapan pagi mereka mengikut keselesaan.

Kafe: Pada siang hari, kawasan restoran ini dibuka eksklusif untuk semua tetamu hotel. Tetamu-tetamu bebas untuk berehat dan menikmati waktu mereka yang dikelilingi oleh karya seni, dengan minuman pilihan iaitu kopi, teh herba, teh hijau dan sebagainya.

Tingkatkan kepekaan anda

Muzik: Semua bilik tamu dilengkapi dengan pembesar suara Bluetooth dan dihiasi dengan karya seni dinding yang dipilih dengan teliti yang menggambarkan bunga-bunga indah pada setiap musim di Jepun. Tetamu-tetamu boleh melihat, menikmati dan menghayati seni dan bunyi semasa meluangkan masa berehat di dalam bilik mereka.

Info Hotel Oriental Express

Mula beroperasi   :           Jumaat, 26 Julai 2019
Laman web            :           https://tokyoginza.hotelorientalexpress.com/
Alamat                    :           2-9 Tsukiji, Chuo-ku, Tokyo, 104-0045
Bilik                         :           103 bilik
Restoran                 :           Kafe segera (untuk tetamu hotel sahaja)
Sarapan 6:30-10:00
Kafe 12:00-22:00
Akses                       :           1 minit berjalan dari Stesen Tsukiji Station di laluan Hibiya
2 minit berjalan dari Stesen Shintomicho di laluan Yurakucho

Kredit main pic: treksplorer.com

 
>>> Facebook Group <<<
Media Digital
sajilibur.com
Sertai Kumpulan
Kongsikan apa sahaja!